Hi! Welcome Back and Stay Tune! Polis kesan pemilik FB sebar video samun bersenjata - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Polis kesan pemilik FB sebar video samun bersenjata


 

Polis sahkan video tular berbentuk rakaman CCTV berdurasi dua minit dan 22 saat berlaku di New Delhi, India, bukan di Sungai Siput.

PETALING JAYA: Polis sudah mengesan pemilik akaun Facebook dengan nama Putra Yob berikutan sebaran berita palsu mengenai kononnya kejadian samun bersenjata empat individu ke atas sebuah keluarga berlaku di Sungai Siput, Perak sehingga tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, pihaknya kini sudah membuka kertas siasatan terhadap terhadap pemilik Facebook berkenaan.

Beliau berkata, tiada laporan polis diterima pihaknya berhubung kejadian samun terbabit di daerah ini setakat ini, bahkan pemeriksaan sebaliknya mendapati insiden di dalam video tular itu berlaku di New Delhi, India.

“Tiada kejadian berikut berlaku di sini (Sungai Siput). Kita tidak menerima sebarang laporan polis berkaitan kes rompakan bersenjata (seperti yang dimaksudkan). Pemilik FB itu sudah dikesan dan pihak polis akan rakam keterangan beliau,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Khaizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menyebabkan kegusaran awam.

Terdahulu, satu video tular berbentuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi dua minit dan 22 saat itu yang disertakan keterangan oleh pemilik Facebook terbabit mendakwa kejadian berlaku di Sungai Siput. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.