Senarai bantuan tambahan kempen bendera putih
PETALING JAYA: Kempen “#BenderaPutih” adalah satu inisiatif masyarakat untuk membantu mereka yang terdesak memerlukan makanan dan bantuan dalam masa berdepan tempoh sukar krisis ekonomi serta kesihatan ekoran pandemik Covid-19.
Kempen ini menggalakkan mereka yang mengalami kesukaran kewangan bagi mendapatkan bantuan tanpa rasa malu dan takut dengan hanya mengibarkan bendera putih di hadapan kediaman masing-masing sebagai isyarat mereka memerlukan pertolongan.
Berikut adalah senarai tambahan:
1) Gereja St Francis Xavier
Gereja di Petaling Jaya ini mewujudkan unit makanan bergerak bagi mereka yang tinggal berhampiran dan memerlukan bantuan.
Hubungi talian: 016-6829330 (Francis Lai)
2) Baan Thai Restaurant
Restoran di Cheras ini mewujudkan bank makanan di premisnya untuk membantu mereka yang tinggal berdekatan kedai dan amat memerlukan untuk mendapatkan bantuan makanan.
“Jika anda terlihat bendera putih berhampiran anda, jangan teragak-agak menghubungi kami, hanya Wechat atau mesej di Facebook bersama gambar bendera putih berkenaan, hantarkan alamat kepada kami dan kami akan hantar bantuan atau ambil sendiri barangan diperlukan.
“Perhatian dan ambil makluman ini adalah tertakluk kepada mereka yang menetap dalam lingkungan 10km daripada kedai kami.”
Untuk maklumat lanjut: Instagram @baanthai_kl
3) Jo Joe Mixed Rice
Individu di Skudai, Johor boleh dapatkan bank makanan di restoran ini.
Hubungi talian: 014-9870189
4) We Listen Pack
Organisasi We Listen Malaysia mensasarkan untuk menyediakan bantuan makanan dan barangan keperluan kepada keluarga B40 serta M40
Hubungi talian 016-6387690 untuk mendaftar.
5) Projek Bendera Puteh
Inisiatif ini bertujuan menyediakan kit bantuan kepada keluarga yang memerlukan.
Permohonan boleh dibuat menerusi borang di sini.
-FMT
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment