Hi! Welcome Back and Stay Tune! Covid-19: 31% kes baharu Sabah dikesan menerusi saringan bergejala - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Covid-19: 31% kes baharu Sabah dikesan menerusi saringan bergejala


 

Masidi berkata 44.6% penduduk dewasa negeri itu telah memperoleh satu dos vaksin Covid-19 dan 20.8% sudah melengkapkan kedua-dua dos suntikan setakat ini. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Sabah merekodkan 1,752 kes positif Covid-19 semalam dengan 31% atau 538 kes dikesan melalui saringan bergejala, menjadikan jumlah kumulatif 103,437 kes di negeri itu.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Masidi Manjun berkata peningkatan kes positif harian di lima daerah di Sabah sebahagiannya dikesan melalui saringan bergejala.

Beliau berkata daripada 436 kes baharu di Kota Kinabalu, 144 daripadanya dikesan melalui saringan bergejala diikuti Tuaran (40 daripada 111 kes baharu), Penampang (71 daripada 228 kes baharu), Sandakan (49 daripada 113 kes baharu) dan Tawau (49 daripada 261 kes baharu).

“Jumlah kes melalui saringan bergejala yang tinggi merupakan peringatan kepada masyarakat untuk terus mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standard semasa berada di khalayak ramai khususnya di tempat-tempat tertutup seperti pasar raya dan restoran.

“Ini juga antara sebab mengapa perlunya pekerja dan pelanggan di pasar raya dan restoran untuk lengkap dua dos vaksin Covid-19 (sebulan daripada sekarang) bagi mengurangkan risiko jangkitan sporadik di tempat-tempat lazim dikunjungi ramai orang,” katanya dalam kenyataan.

Masidi yang juga jurucakap berkaitan Covid-19 Sabah berkata pesakit baharu dalam kategori dua menjadi kumpulan terbanyak iaitu 972 kes atau 55.5% daripada jumlah keseluruhan kes baharu itu dan trend itu sejajar dengan peningkatan kes melalui saringan bergejala.

Beliau berkata 10 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan di tiga daerah semalam merangkumi lima kes di Kota Kinabalu, Tawau (empat) dan Keningau (satu).

Katanya, seramai 847 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital menjadikan jumlah kumulatif sembuh 86,976 orang manakala 5,168 pesakit masih menerima rawatan di hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam, pusat tahanan sementara dan penjara serta fasiliti swasta.

Mengenai perkembangan program vaksinasi di Sabah, Masidi berkata 44.6% penduduk dewasa negeri itu telah memperoleh satu dos vaksin Covid-19 dan 20.8% sudah melengkapkan kedua-dua dos suntikan setakat ini.

Seramai 1.37 juta rakyat Sabah atau 49.8% telah membuat pendaftaran sebagai penerima vaksin menerusi pelbagai platform disediakan, katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.