Xiaomi Melancarkan Pengecas Nirwayar 100W
Pengecas nirwayar sudah menjadi aksesori yang normal di rumah kerana semakin banyak peranti menyokongnya secara terbina. Antara isu awal ialah pengecasan nirwayar adalah perlahan berbanding berwayar. Tetapi inovasi teknologi pengecas nirwayar dari Oppo dan Xiaomi kini mengecas lebih pantas berbanding pengecas berbayar pesaing seperti Apple.
Xiaomi minggu ini mengumumkan sebuah pengecas nirwayar baharu dengan output 100W. Terdapat dua gegelung pada pengecas yang membolehkan sebuah peranti dicas secara menegak ataupun mendatar. Format pengecasan Qi juga disertakan bagi membolehkan ia digunakan pada peranti yang tidak menyokong sistem pengecasan nirwayar Xiaomi. Terdapat sistem kipas terbina bagi mengawal suhu peranti ketika dicas. Di China Xiaomi Wireless Charger 100W ini dijual pada harga RMB599 (~RM392) sebuah.
Sumber Gizmochina
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment