Exynos W920 Diumumkan – Cip 5nm Pertama Untuk Peranti Boleh-Pakai
Samsung pagi ini mengumumkan Exynos W920 yang merupakan cip pemproses peranti boleh-pakai pertama dihasilkan menggunakan teknologi 5nm. Ia dihasilkan khusus untuk peranti boleh-pakai terkini Samsung dan sebelum ini ditiriskan bakal digunakan pada Galaxy Watch4 yang akan dilancarkan esok.
Exynos W920 dilengkapi dua teras ARM Cortex-A55 dengan GPU ARM Mali-G68. Jika dibandingkan dengan Exynos 9110 yang menjadi cip peranti boleh-pakai Samsung sebelum ini, W920 menunjukkan peningkatan prestasi CPU sehingga 20% dan 10 kali ganda pula pada prestasi grafik. Ia turut dilengkapi cip khas Cortex-M55 yang hanya digunakan untuk paparan AOD bagi mengurangkan penggunaan bateri.
Ia membolehkan peranti menyokong rangkaian LTE Cat.4 serta sistem Global Navigation Satellite System (GNSS) L1 yang lebih tepat
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment