Hi! Welcome Back and Stay Tune! IKEA Akan Mula Menjual Tenaga Elektrik Mesra Alam September Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

IKEA Akan Mula Menjual Tenaga Elektrik Mesra Alam September Ini


IKEA di Malaysia terkenal dengan perabot moden yang cantik serta moden, bebola daging yang sedap dan tempat pasang muda berangan rumah mereka apabila bernikah kelak. Sebagai syarikat perabot terbesar dunia, mereka mempunyai impak yang besar dalam penggayaan rumah serta tabiat pengguna. Di Sweden, IKEA akan mula menawarkan tenaga elektrik STRÖMMA yang mesra alam bermula September ini.

Ingka Group yang merupakan pemilik IKEA berkata, pelanggan di Sweden boleh mendapatkan sumber tenaga dijana oleh firma Nord Pool menggunakan ladang solang dan kincir angin. IKEA juga akan menjual panel solar keluaran rakan niaga mereka Svea Solar ke semua pasaran berbanding hanya 11 pasaran sahaja pada waktu ini.

Pelanggan kemudian boleh memantau penggunaan elektrik menggunakan aplikasi serta menjual tenaga solar yang tidak digunakan kembali ke Nord Pool bagi menjana pendapatan. Dengan ini IKEA ingin mempopularkan penggunaan sumber tenaga mesra alam di kalangan pelanggan selari dengan sasaran mereka sendiri untuk menjadi lebih lestari menjelang 2030.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.