Hi! Welcome Back and Stay Tune! MKT Umno beri mandat kepada 42 Ahli Parlimen BN pilih calon PM - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MKT Umno beri mandat kepada 42 Ahli Parlimen BN pilih calon PM


 

Ahli Parlimen telah diarahkan menghantar surat akuan berkanun kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri kesembilan sebelum jam 4 petang esok.

PETALING JAYA: Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno menyerahkan kepada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk memuktamadkan seorang calon dari parti itu bagi diangkat sebagai Perdana Menteri.

Ahli MKT, Mohd Sharkar Shamsuddin berkata, perjumpaan bersama 42 Ahli Parlimen itu akan turut disertai Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Pengerusi BN, Mohamad Hasan dan Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Najib Razak.

“Kita bersetuju serah kepada Ahli Parlimen BN untuk putuskan siapa calon Perdana Menteri,” katanya kepada media selepas menghadiri mesyuarat MKT Umno di PWTC.

Antara Ahli Parlimen BN yang dilihat hadir adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang), Khairy Jamaluddin (Rembau), Hishammuddin Hussein (Sembrong), Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan M Saravanan (Tapah).

Selain itu, turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Ketereh, Annuar Musa.

Terdahulu, semua Ahli Parlimen diarahkan menghantar surat akuan berkanun kepada Istana Negara dan menamakan calon Perdana Menteri kesembilan.

Ahli Parlimen diberikan masa sehingga 4 petang esok untuk menyerahkan surat akuan itu kepada Setiausaha Sulit Kanan Yang di-Pertuan Agong, Kol (Bersara) Nazim Mohd Alim melalui faks, e-mel atau dalam bentuk PDF di WhatsApp.

Bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional Annuar Musa turut mendakwa selain 42 kerusi Parlimen sedia ada, BN turut mendapat sokongan lebih 69 Ahli Parlimen lain dari parti rakan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini untuk melepasi majoriti mudah 111 kerusi di Dewan Rakyat.

“Alhamdulillah baru sebentar tadi selesai perbincangan dengan Ahli-ahli Parlimen dan wakil parti sahabat yang lain, untuk mohon menyokong seorang calon dari BN.

“Kami amat terharu kerana sejumlah yang lebih dari 69 yang diperlukan telah bersetuju untuk memberi laluan dan sokongan hitam putih kepada seorang calon dari BN,” kata Annuar. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.