Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lelaki warga India ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lelaki warga India ditahan bantu siasatan kes bunuh wanita warga emas


 

Terdahulu, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita tempatan berusia lingkungan 60-an yang cedera di muka dan kepala di belakang deretan kedai di Taman Seri Muda pada 7.06 pagi, 26 Julai lepas.

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga India bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang wanita warga emas di Taman Seri Muda, Seksyen 25, bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata suspek berumur sekitar 60-an itu ditahan oleh anggota cawangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pada kira-kira 9 pagi semalam di Jalan Batu 8 Bukit Kemuning Seksyen 25.

“Lelaki itu akan direman 10 pagi esok (9 Ogos) di Mahkamah Shah Alam bagi membantu siasatan kes,” katanya dalam kenyataan semalam.

Terdahulu Baharudin berkata pihaknya menerima maklumat mengenai penemuan mayat seorang wanita tempatan berusia lingkungan 60-an yang cedera di muka dan kepala di belakang deretan kedai di Taman Seri Muda pada 7.06 pagi, 26 Julai lepas.

Menurut beliau hasil semakan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian, polis mengenal pasti seorang lelaki disyaki warga India yang dipercayai boleh membantu siasatan, dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.