Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siti Sarah meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siti Sarah meninggal dunia


 

Siti Sarah Raissuddin, meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19.

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal tanah air Siti Sarah Raissuddin, meninggal dunia selepas lima hari bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan Covid-19.

Isteri kepada pelawak Shahmira Muhamad atau dikenali sebagai Shuib menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Shuib dalam hantaran di Instagramnya juga memaklumkan berita duka itu.

Berita mengenai penyanyi lagu ‘Kesetiaan’ itu menjadi perbualan sejak minggu lalu apabila terpaksa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) sebelum ditidurkan untuk proses pembedahan melahirkan anak dalam kandungan yang berusia tujuh bulan.

Sarah dan Shuib berkahwin pada 2011 dan memiliki tiga cahaya mata Uwais Alwarni, 10; Dzahira Talita Zahra, 8; dan Ariq Matin, 6.

Cahaya mata keempat pasangan itu yang sudah diberikan nama, Ayash Affan selamat dilahirkan pada Jumaat lalu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.