Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lencongan di 88 lokasi susulan maklumat anjur himpunan di ibu kota, kata polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lencongan di 88 lokasi susulan maklumat anjur himpunan di ibu kota, kata polis


 

Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan dinyatakan. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis akan membuat lencongan jalan raya di 88 lokasi sekitar ibu negara mulai 9 pagi ini berikutan terdapat maklumat ada pihak yang merancang mengadakan perhimpunan atau perarakan.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh berkata, antara laluan yang terlibat adalah Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Loke Yew, Jalan Tun Sambathan, Jalan Bukit Bintang, Masjid Negara dan Bulatan Sultan Hishamudin.

“Turut terlibat dalam lencongan jalan raya adalah Jalan Kuching, Susur Jalan Tun Razak, Jalan Sungai Besi, Jalan Istana dan Bulatan Sungai Besi.

“Polis menasihatkan warga kota khususnya pengguna jalan raya agar mengelakkan melalui jalan-jalan berkenaan dan mematuhi arahan polis untuk memastikan keadaan sentiasa terkawal dan lancar,” katanya dalam kenyataan.

Sarifudin berkata orang ramai boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau balai polis terdekat untuk sebarang pertanyaan. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.