Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lewat daftar punca kes Covid-19 terus meningkat di Sabah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lewat daftar punca kes Covid-19 terus meningkat di Sabah


 

Masidi Manjun berkata pendaftaran lewat ini berlaku kerana pengumpulan dan penyemakan data secara teliti serta melibatkan jumlah yang agak banyak. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Kes harian Covid-19 di Sabah terus meningkat daripada 2,583 kes kelmarin kepada 2,738 kes semalam berikutan masih terdapat kes positif yang lewat didaftarkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Masidi Manjun berkata daripada jumlah kes positif itu, sebanyak 1,012 kes lewat selepas dua hingga tiga hari keputusan saringan diketahui, 223 kes lewat didaftar empat hingga lima hari dan 247 kes lewat daftar sehingga lebih lima hari.

“Pendaftaran lewat ini berlaku kerana pengumpulan dan penyemakan data secara teliti serta melibatkan jumlah yang agak banyak. Maklumat-Maklumat ini juga datang dari pelbagai daerah di Sabah,” menurutnya dalam kenyataan.

Masidi, yang juga jurucakap Covid-19 Sabah, berkata saringan kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada kes harian iaitu 1,616 kes atau 59.02 peratus diikuti saringan bergejala (654 kes), saringan kluster (172 kes) dan selebihnya saringan lain.

Beliau berkata pada masa sama, terdapat satu kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Sungai Pin 2 di Kinabatangan yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja dengan 30 kes kumulatif.

“Kes indeks melibatkan seorang wanita warga Indonesia, 52, yang bekerja di sebuah ladang sawit berdekatan Sungai Pin, Kinabatangan. Dia disahkan positif setelah menjalani ujian saringan tempat kerja pada 6 Ogos lepas selepas didapati bergejala,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.