Hi! Welcome Back and Stay Tune! Penghidu gam buat onar hayun papan tanda ke arah kenderaan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Penghidu gam buat onar hayun papan tanda ke arah kenderaan


 

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan aksi lelaki berbaju oren serta berkain pelikat membawa besi papan tanda ke tengah jalan.

PETALING JAYA: Seorang penghidu gam tegar bertindak membahayakan pengguna jalan raya di Bakar Arang, Sungai Petani, selepas membaling papan tanda sehingga nyaris mengakibatkan nahas membabitkan sebuah motosikal.

Dalam kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang semalam, penunggang motosikal berkenaan bernasib baik kerana sempat mengelak daripada terkena papan tanda itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Adzli Abu Shah, berkata pihaknya mengesahkan menerima aduan berhubung kejadian terbabit, namun suspek didapati sudah menghilangkan diri ketika polis tiba di lokasi kejadian.

“Hasil siasatan awal, kita dapati suspek adalah seorang penghidu gam tegar dan dia sudah tiada sebaik polis tiba.

“Kita masih mengesan lelaki terbabit dan meminta orang ramai menghubungi polis sekiranya mempunyai maklumat atau terlihat suspek,” katanya memetik laporan Harian Metro.

Perbuatan lelaki itu sempat dirakam pengguna jalan raya dan tular di media sosial.

Video berdurasi 15 saat itu memaparkan aksi lelaki berbaju oren serta berkain pelikat membawa besi papan tanda ke tengah jalan.

Tanpa menghiraukan pengguna jalan raya lain, lelaki terbabit dilihat cuba menghayun papan tanda berkenaan ke arah van.

Bagaimanapun, dia yang menyedari ada penunggang motosikal melalui jalan terbabit berpaling dan melontarkan papan tanda ke arah mangsa.

Penunggang motosikal itu bagaimanapun bernasib baik kerana dia sempat mengelak dengan menunduk kepala sebelum terus berlalu pergi. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.