Hi! Welcome Back and Stay Tune! Wanita ‘terlepas’ mayat bayi jatuh dalam longkang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Wanita ‘terlepas’ mayat bayi jatuh dalam longkang


 

Siasatan awal mendapati suspek mengaku membuang bayinya di dalam longkang berdekatan rumah yang pada awalnya dia berniat menanam bayi itu selepas menyedari lahir dalam keadaan tidak bernyawa.

PETALING JAYA: Polis menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dalam longkang berhampiran kebun durian di Pondok Upeh, Balik Pulau di Pulau Pinang semalam, kata Ketua Polis Daerah Barat Daya Kamarul Rizal Jenal.

Beliau berkata, mayat bayi berkenaan ditemui 2.30 petang susulan laporan diterima daripada doktor di Hospital Balik Pulau.

Katanya, doktor terbabit mendakwa menerima pesakit wanita warga asing yang mengalami pendarahan pada rahim dan dipercayai baru melahirkan bayi selepas pegawai perubatan menemui uri dalam rahimnya, bagaimanapun suspek enggan beri kerjasama berhubung kelahirannya.

“Siasatan awal mendapati suspek berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital berkenaan semalam selepas dia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta berlumuran darah oleh majikannya pada 6 petang,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Kamarul berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku membuang bayinya di dalam longkang berdekatan rumah yang pada awalnya dia berniat menanam bayi itu selepas menyedari lahir dalam keadaan tidak bernyawa.

Tambah beliau, apabila sampai berdekatan longkang suspek berasa mahu pitam dan bayi berkenaan terlepas daripada pegangannya sebelum jatuh dalam longkang, namun sempat kembali ke rumah dan pengsan di dapur sebelum dibantu majikannya yang berusia 54 tahun.

“Suspek juga mengaku mengandung hasil hubungannya dengan pekerja kebun yang tinggal berdekatan dengan tempat kerjanya,” katanya.

Katanya, mayat bayi itu akan dibedah siasat hari ini selepas mendapat keputusan saringan Covid-19 dan usaha mengesan lelaki yang dipercayai bapa bayi berkenaan sedang giat dijalankan.

“Suspek wanita itu ditahan di wad hospital ketika ini berikutan dia masih perlu mendapat rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.