Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aktiviti di Sungai Batang Kali ada lesen LUAS, kata Exco - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aktiviti di Sungai Batang Kali ada lesen LUAS, kata Exco


 

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata sehingga kini tiada sebarang aduan diterima berkaitan premis yang dilesenkan di kawasan itu serta gangguan terhadap ekosistem di sungai itu.

SHAH ALAM: Aktiviti membabitkan sumber air di kawasan Sungai Batang Kali mendapat lesen dari Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di bawah Peraturan-Peraturan Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar (Negeri Selangor) 2012.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian berkata pihak LUAS turut mengeluarkan Kebenaran Bertulis Aktiviti Pengubahan Sumber kepada dua aktiviti pengorekan pasir serta dua aktiviti naik taraf jambatan dan tebing sungai, serta Lesen Abstraksi Air Permukaan melibatkan lapan premis yang terlibat termasuk aktiviti akuakultur di kawasan itu.

Beliau berkata semakan awal LUAS mendapati premis yang melaksanakan aktiviti akuakultur (Talapia Merah) berkeluasan 0.41 hektar berhampiran Sungai Batang Kali pula telah berdaftar dengan Jabatan Perikanan Negeri Selangor (JPNS).

“Premis itu telah beroperasi selama 10 tahun dengan anggaran 29 kolam selain mempunyai Lesen Abstraksi Air LUAS yang masih sah sehingga 31 Dis tahun ini, dan hasil semakan juga mendapati aktiviti premis berkenaan tidak tertakluk dengan Lesen Kemasukan atau Pelepasan Bahan Pencemar LUAS kerana keluasannya kurang 50 hektar,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Terdahulu, Bernama melaporkan Sungai Batang Kali berpotensi tercemar ekoran daripada aktiviti akuakultur (Talapia Merah) untuk tujuan komersial selain beberapa projek pembangunan lain di kawasan berhampiran sungai itu.

Hee berkata sehingga kini tiada sebarang aduan yang diterima berkaitan premis yang dilesenkan di kawasan itu serta gangguan terhadap ekosistem di sungai berkenaan, dan pensampelan kualiti air serta pemantauan pematuhan lesen juga terus dilaksanakan oleh LUAS secara berkala.

Beliau berkata agensi kerajaan memandang serius serta mengambil langkah proaktif untuk memastikan setiap insiden pencemaran diambil tindakan segera bagi memastikan sumber air di negeri Selangor terpelihara.

Katanya, Rancangan Tempatan Daerah Hulu Selangor (2019-2021) menunjukkan guna tanah utama di kawasan itu adalah kawasan hutan yang meliputi 51.7%, dan diikuti dengan kawasan pertanian sebanyak 35.67%.

“Bagaimanapun berikutan kepesatan pembangunan bagi tujuan kelangsungan hidup, terdapat beberapa aktiviti yang melibatkan kerja tanah bagi tujuan pembangunan, penternakan, akuakultur, pengorekan dan pencucian pasir, pertanian, perumahan dan eko-pelancongan di kawasan sungai itu.

“Berdasarkan rekod Majlis Daerah Hulu Selangor (2016) terdapat tujuh resort; chalet dan inap desa di kawasan itu, yang kedudukannya berhampiran Sungai Batang Kali dan Sungai Tamu,” katanya dan menambah rekod Jabatan Alam Sekitar (2014), Indeks Kualiti Air (IKA) di Sungai Batang Kali adalah baik, dikategorikan sebagai Kelas II dan masih kekal sehingga kini.

Menurutnya rekod IKA di muka sauk loji rawatan air (LRA) Batang Kali dari 2019 sehingga 2021 di bahagian hilir juga kekal dalam keadaan baik iaitu Kelas II dan kualiti air Sungai Batang Kali menunjukkan tren peningkatan yang lebih baik setiap tahun dan tiada gangguan terhadap abstraksi muka sauk bekalan air. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.