Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Surface Duo 2 Akan Menerima Sokongan Kemaskini Selama Tiga Tahun Sahaja - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Surface Duo 2 Akan Menerima Sokongan Kemaskini Selama Tiga Tahun Sahaja


Berita baik bagi mereka yang ingin membeli Microsoft Surface Duo 2sekiranya ia dilancarkan di Malaysia kelak. Menerusi kenyataan yang diberikan kepada Android Authority, Microsoft mengesahkan telefon boleh-lipat ini akan diberikan sokongan sistem operasi dan tampalan sekuriti selama tiga tahun. Ini ialah janji yang sama seperti yang diberikan kepada Surface Duo.

Walaupun janji ini adalah baik tetapi Mcirosoft tidak begitu pantas dalam memberikan kemas kini pada peranti mereka. Contoh terbaik Surface Duo hanya akan menerima kemas kini Android 11 pada bulan Disember ini sedangkan pada waktu tersebut peranti Android 12 seperti Pixel 6 sudahpun dilancarkan. Pada waktu yang sama sokongan hanya sekadar tiga tahun ini mengecewakan sedangkan Google, Samsung, Xiaomi, Oppo, Nokia dan OnePlus memberikan sokongan selama empat tahun.

Diharapkan isu lambat memberikan kemas kini ini dapat diselesaikan segera kerana sebagai peranti mercu premium yang dijual pada harga lebih RM7000, kemas kini yang lambat tidak bole dimaafkan lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.