Facebook Memperkenalkan Reels – Ciri Seumpama TikTok Terus Pada Aplikasi Facebook
Facebook hari ini telah memperkenalkan ciri dinamakan Reels pada aplikasi utama mereka, bermula dengan pengguna di Amerika Syarikat, pada peranti Android dan iOS.
Ramai mungkin sedia mengenali akan Reels pada Instagram, dan kini dengan pengumuman baharu ini, ciri berkenaan turut ditambah pada aplikasi utama Facebook. Langkah ini akan membolehkan pengguna menghasilkan video Reels terus pada aplikasi Facebook, dan berkongsi dengan rakan-rakan lain.
Dengan integrasi ini, pengguna dengan mudah boleh menghasilkan video secara menegak, menambah audio atau teks, dan terus berkongsi kepada rakan-rakan di Facebook.
Facebook turut mengatakan pengguna boleh menemui Reels di News Feed dan juga Facebook Groups.
Selain pengenalan ciri ini, Facebook turut mengatakan mereka sedang menguji kebolehan untuk turut berkongsi dari Instagram terus ke Facebook – dan membolehkan Reels berkenaan ditemui dan ditonton lebih ramai lagi.
Buat masa ini, ciri ini hanya diperkenalkan di Amerika Syarikat sahaja – dan tidak mustahil ia diperluaskan ke seluruh dunia berdasarkan maklumbalas pengguna terhadap ciri ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment