Hi! Welcome Back and Stay Tune! Laman Sokongan Samsung Galaxy S21 FE Dipadam Memberikan Petanda Peranti Dibatalkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Laman Sokongan Samsung Galaxy S21 FE Dipadam Memberikan Petanda Peranti Dibatalkan


Sebelum ini kami melaporkan Samsung sedang mempertimbangkan semula pelancaran Samsung Galaxy S21 FE yang septutnya dilancarkan pada bulan hadapan. Pertimbangan semula dilakukan selepas Samsung Galaxy Z Flip3 mendapat sambutan di luar jangkaan. Cip pemproses Galaxy S21 FE dilihat lebih baik diberikan sahaja kepada Galaxy Z Flip3 bagi memenuhi kehendak pelanggan.

Ura-ura pembatalan Galaxy S21 FE kini bertiup semakin kencang apabila laman sokongan untuk telefon pintar ini telah dipadam menurut laporan Sammobile.. Secara lazimnya laman sokongan muncul sebelum pelancaran. Maka dengan laman dipadam ia mungkin petanda paling awal peranti kini adakan dibatalkan. Sebelum ini muncul laporan pengeluaran Galaxy S21 FE mengalami masalah kekurangan komponen yang kemudiannya dinafikan oleh Samsung sendiri.

Kekurangan komponen tahun ini telahpun menyebabkan siri Galaxy Note tidak dilancarkan tahun ini dengan ia mungkin akan diserap menjadi model Ultra pada siri Galaxy S tahun hadapan. Keputusan Samsung untuk membatalkannya mungkin akan mengecewakan mereka yang inginkan peranti mercu mampu milik siri FE tahun ini tetapi memenuhi permintaan Z Flip3 mungkin adalah keputusan lebih bijak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.