YouTube Mula Memadam Video Dan Saluran Yang Menyebarkan Dakyah Anti-Vaksin
Di banyak negara ada segelintir individu yang enggan mengambil vaksin kerana sebab-sebab saintifik seperti ianya mengandungi cip penjejak 5G, menyebabkan autisme, mengubah manusia menjadi zombie dan dikatakan sistem dajjal mengawal manusia apabila dunia hampir kiamat. Kesemua alasan yang diberikan ini tidak berasaskan dan sepatutnya tidak diendahkan kerana langsung tidak masuk akal. Sungguhpun begitu dengan platform media sosial, di disebarkan dengan mudah sehingga ramai yang terpengaruh.
YouTube hari ini akhirnya mengambil keputusan untuk mula memadam video-video dan saluran-saluran yang didapati menyebarkan dakyah anti-vaksin. Akibatnya beberapa saluran besar anti-vaksin dengan ratusan ribu pengikut telahpun dipadam. Langkah drastik diambil oleh YouTube setelah mengambi nasihat pakar kesihatan dan 10 garis panduan baharu berkenaan kandungan Covid-19 telah diperkenalkan.
Hanya video yang mengandungi maklumat tidak tepat dan menyimpang akan dipadam. Perbincangan mengenai vaksin dan video pengalaman mengambil vaksin tidak akan dipadam bagi tujuan memulakan perbincangan di platform. Sungguhpun begitu YouTube berkata sejak tahun lalu mereka sudah memadam lebih 130,000 video yang mengandungi maklumat tidak tepat mengenai vaksin dan Covid-19 dari platform mereka.
Di Malaysia gerakan anti vaksin ini amatlah lantang di media sosial serta YouTube. Ada yang menunggang agama sehingga memburukkan keseluruhan umat dan ada juga terdiri daripada golongan terpaling sihat mendakwa imunisasi tubuh semula jadi adalah mencukupi untuk menentang Covid-19.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment