Ini Ialah TCL Project Chicago Yang Dibatalkan Kerana Harga Jualannya Masih Tidak Cukup Mampu Milik
TCL telah memperlihatkan beberapa konsep peranti skrin boleh-lipat dan boleh-gulung mereka yang tidak kurang inovatif jika dibandingkan yang dikeluarkan Samsung, Xiaomi, Huawei dan Motorola. Dalam laporan Cnet hari ini, pegawai pemasaran eksekutif TCL Stefan Streit mengumumkan tiada peranti skrin boleh-lipat akan dilancarkan oleh syarikat pada tahun 2021.
Pada asalnya TCL ingin memasarkan peranti skrin boleh lipat pertama mereka tahun ini tetapi ia ditangguhkan kerana kos menghasilkannya masih belum mampu dilakukan. TCL akan menangguh pelancaran peranti ini di antara 12-18 bulan sehingga ia boleh dijual pada harga yang lebih mampu milik.
Dalam laporan Cnet, peranti prototaip TCL Project Chicago telah diperlihatkan. Ia amar mirip dengan sebuah Samsung Galaxy Z Flip3 cuma skrin sekunder pada bahagian luar yang lebih kecil 1.1″. Spesifikasi yang didedahkan ialah skrin 6.67″ AMOLED boleh lipat, pemproses Snapdragon 765G, memori 6GB RAM, storan 128GB, bateri 3545 mAh, kamera swafoto 44MP dan kamera utama 44+16 MP.
Walaupun menggunakan pemproses yang kurang berkuasa dibandingkan dengan Galaxy Z Flip3, peranti masih perlu dijual pada harga sekitar $800 yang dirasakan terlalu mahal oleh TCL. Pada pendapat Streit, pengguna yang mampu membeli peranti $800 pastinya mampu membeli peranti $999 yang lebih berkuasa. Maka peranti boleh lipat yang jauh lebih murah perlu dihasilkan TCL sebelum peranti dijual.
Di Malaysia perbezaan harga jualan Galaxy Z Flip3 dengan Galaxy Z Flip 5Ga adalah amat besar – RM3999 berbanding RM5888. Adakah peranti skrin boleh-lipat akan akhirnya ditawarkan pada harga yang lebih mampu milik? Hanya masa akan menentukan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment