Peranti Samsung Kini Juga Boleh Ditambah RAM Dengan Ciri RAM Plus
Samsung Galaxy A52s 5G diumumkan pada bulan lalu dengan ciri yang diberi nama RAM Plus yang menambah sazi AM peranti dengan mengambil sedikit ruang storan. Pada waktu tersebut Samsung tidak memberitahu berapakah saiz RAM yang boleh ditambah. Minggu ini kemas kini mula diberikan pada Galaxy A52s dan nampaknya sehingga 4GB RAM boleh ditambah.
Pengguna di India yang pertama melaporkan menerima kemas kini ini dan ia pastinya akan tiba juga ke Malaysia apabila ia dilancarkan kelak. Seperti yang telah kami laporkan, Galaxy A52s 5G akan dijual pada harga RM1888 dengan konfigurasi 8/256GB.
Hanya Galaxy A52s disahkan menyokong RAM Plus pada waktu ini. Dengan RAM Plus Samsung akhirnya menawarkan ciri yang semakin popular di kalangan pengeluar China selepas Realme yang memulakan trend RAM maya ini.
Sumber Sammobile
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment