Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mahkamah Mengeluarkan Injunksi Mengarahkan Apple Membenarkan Sistem Pembayaran Alternatif Dalam Aplikasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mahkamah Mengeluarkan Injunksi Mengarahkan Apple Membenarkan Sistem Pembayaran Alternatif Dalam Aplikasi


Kes saman Epic Games ke atas Apple menjadi semakin hangat ini apabila hakim yang mendengar kes memberikan injunksi kekal yang menghalang Apple dari tidak membenarkan pembangun aplikasi daripada menawarkan sistem pembayaran lain dalam aplikasi dan menghubungi pelanggan menerusi maklumat emel pendaftaran yang digunakan.

Ini dilihat sebagai keputusan yang memihak kepada Epic Games selepas aplikasi Fortnite ditendang keluar dari App Store tahun lalu selepas berani menawarkan sistem pembayaran dalam aplikasi (IAP) mereka sendiri. Injunksi diberikan hanya beberapa hari selepas Apple membenarkan pembangun aplikasi untuk menghubungi pelanggan secara terus menerusi emel dan pendaftaran serta pembayaran langganan yang tidak menggunakan sistem Apple untuk aplikasi ‘membaca’.

Hari ini juga Epic Games telah meminta Apple untuk mengembalikan semua Fortnite ke App Store di Korea Selatan bagi mematuhi RUU yang diluluskan di negara tersebut. Epic akan membenarkan pelanggan melakukan pembayaran menggunakan sistem IAP sendiri dan juga Apple sebagai pilihan.

Sumber The Verge



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.