Coca Cola Melancarkan PlantBottle Dengan Plastik Berasaskan Tumbuhan Sepenuhnya
Coca Cola mempunyai reputasi sebagai jenama yang menyumbang kepada pencemaran plastik terbesar dunia kerana ia digunakan pada minuman yang dijual. Menyedari hakikat ini, Cola Cola tampil dengan prototaip PlantBottle terkini yang menurut mereka dihasilkan menggunakan plastik berasaskan tumbuhan.
Sedekad yang lalu PlantBottle diumumkan tetapi hanya 30% berasaskan tumbuhan dengan baki 70% diperbuat daripada asid terephthalic (PTA) dari sumber minyak. Untuk percubaan kedua, asid terephthalik berasaskan bahan biologi (bPTA) telah digunakan. Ia dihasilkan dari gula yang dihasilkan pula dari jagung. Kemudian gula diproses menjadi hidrokarbon paraxylene (bPX) sebelum diubah lagi menjadi bPTA.
Hanya 900 prototaip PlantBottle ini telah dihasilkan sebagai percubaan dengan Coca Cola berikrar penggunaan plastik berasaskan minyak akan dihentikan di Eropah dan Jepun menjelang 2030. Langkah seterusnya ialah penggunaan bahan plastik berasaskan tumbuhan sepenuhnya menjelang 2050
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment