Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Akan Membelanjakan $10 Bilion Pada Tahun Ini Untuk Alam Meta, AR Dan VR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Akan Membelanjakan $10 Bilion Pada Tahun Ini Untuk Alam Meta, AR Dan VR


Mark Zuckerberg kini mengumumkan perancangan untuk membelanjakan sekitar $10 bilion pada tahun ini untuk arena AR, VR dan juga pembangunan aplikasi dan perkhidmatan berkaitan alam meta.

Facebook sedia beberapa kali menyatakan fokus terhadap arena alam meta, malah baru-baru ini dikatakan bakal menjenamakan semula syarikat dengan nama baharu yang lebih mengambarkannya.

Mark Zuckerberg AR

Pelaburan $10 bilion ini adalah agak besar, dan Zuckerberg sendiri mengatakan yang mana ia sebuah percaturan besar. Malah, pelaburan ini tidak akan memperlihatkan pulangan dalam masa terdekat.

Dalam memastikan alam meta yang dibangunkan mencapai berbilion pengguna, Facebook perlu memastikan penawaran AR dan VR mereka adalah baik – sekaligus memerlukan pelaburan yang tinggi.

Mark Zuckerberg juga turut mengatakan yang mana alam meta akan menjadi penerus legasi untuk arena internet mudah-alih pada hari ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.