iQOO Mungkin Akan Menjadi Jenama Tersendiri Tanpa Bimbingan Vivo Bermula April 2022
iQOO adalah jenama telefon pintar yang memfokuskan permua. Mereka sebenarnya adalah sub-jenama Vivo yang aktif di China dan India. Sudah bertahun mereka beroperasi dan sudah ada banyak peranti yang mereka lancarkan, kini mereka dilaporkan mungkin akan menjadi jenama tersendiri.
Menurut peniris dari China, bermula April 2022 akan datang – iQOO sepenuhnya akan menjadi jenama tersendiri tanpa bimbingan Vivo. Ini adalah sama seperti apa yang Honor lakukan mengasingkan diri daripada Huawei atau juga Poco yang menggelar diri sebagai jenama sendiri tanpa bimbingan Xiaomi.
Walau bagaimanapun, masih tidak pasti jika sistem operasi, kajian dan pembangunan peranti, dan lain-lain adalah sepenuhnya tersendiri atau hanya dari segi pemasaran sahaja mereka akan bergerak dengan sendiri.
iQOO ada mengacah kehadiran mereka di Malaysia dengan iQOO Neo5 Julai lalu. Namun selepas menghubungi mereka untuk maklumat lanjut – mereka hanya katakan nantikan sahaja pengumuman lanjut.
Sama-sama kita nantikan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment