Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Sedang Mencari Jurutera Pembangunan Cip Pemprosesan Untuk Siri Peranti Surface Mereka - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Sedang Mencari Jurutera Pembangunan Cip Pemprosesan Untuk Siri Peranti Surface Mereka


Kebelakangan ini, kita melihat bahawa banyak syarikat-syarikat teknologi, khususnya pembangun peranti yang mula mahu membangunkan cip-cip pemprosesan mereka sendiri. Apple telah hadir dengan siri cip pemprosesan Apple Silicon mereka, Google baru melancarkan peranti Pixel 6 yang menggunakan cip pemprosesan Google Tensor, manakala Microsoft pula telah bekerjasama dengan Qualcomm untuk membangunkan cip pemprosesan SQ1 yang digunakan dalam peranti Microsoft Surface Duo mereka.

Mereka dilihat sedang mencari seseorang untuk memenuhi jawatan Director of Surface SoC (System on a Chip), yang secara ringkasnya akan bertanggungjawab untuk membangunkan cip pemprosesan untuk siri peranti Microsoft Surface mereka.

Surface Duo

Microsoft juga dilihat cuba mengisi dua lagi jawatan baru berkenaan SoC untuk peranti Surface mereka, termasuklah Director of IP Architecture dan juga Lead SoC Competitive Analysis Engineer, yang mungkin membawa beberapa maksud:

Samaada Microsoft tekad untuk membangunkan siri cip pemprosesan mereka sendiri seperti apa yang dilakukan oleh syarikat-syarikat seperti Apple dan Google, ataupun mereka mahu membangunkan sebuah pasukan yang akan bekerjasama dengan syarikat-syarikat pembuat cip pemprosesan seperti AMD, Intel dan NVIDIA.

Apple, Google, Huawei, Samsung adalah beberapa daripada syarikat yang telahpun dilihat mengorak langkah dalam industri pembuatan cip pemprosesan untuk kegunaan mereka sendiri dan mencapai kejayaan, dan bagi Microsoft, yang sudahpun tampil dengan siri peranti mereka yang semakin menjadi kegemaran orang ramai kini nampaknya mahu memasuki arena yang sama untuk mengoptimasi mutu dan prestasi peranti-peranti mereka.

Sumber: Tom’s Hardware



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.