Hi! Welcome Back and Stay Tune! Siri Pixel 6 Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Google Tensor Dan Tri-Kamera 50MP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Siri Pixel 6 Kini Rasmi – Skrin 120Hz, Google Tensor Dan Tri-Kamera 50MP


Google Pixel 6 akhirnya dilancarkan secara rasmi pagi ini. Ia adalah peranti pertama Google dengan cip tersendiri, rekaan serba baharu, dan merupakan peranti mercu premium mereka yang akan bersaing dengan Apple, Samsung dan lain-lain lagi.

Selepas banyak informasi tertiris, pelancaran ini mengesahkan hampir kesemua maklumat mengenai telefon pintar ini tepat lagi benar.

Pixel 6 Pro

Pixel 6 Pro dilihat menggunakan skrin 6.7-inci QHD+ dengan resolusi 3120 x 1440 panel LTPO AMOLED, berserta sokongan kadar segar semula 120Hz adaptif yang boleh turun sehingga 10Hz dan dilindungi dengan Gorilla Glass Victus. Peranti ini dijana dengan Cip Google Tensor 5nm lapan teras 2x 2.8GHz + 2x 2.25GHz + 4x 1.8GHz + GPU Mali-G78 yang dipadankan dengan memori 12GB RAM dan storan dalaman 128GB UFS

Pixel ini turut menyokong rangkaian 5G yang lebih berkuasa, selain turut menyokong WiFi 6E, UWB dan pengimbas cap jari bawah skrin. Bateri adalah sebesar 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W dan pengecasan nirwayar 23W serta Battery Share iaitu sistem pengecasan nirwayar berbalik.

Untuk kamera, konfigurasi tri-kamera daripada sensor 50MP sudut lebar GN1 + sensor Sony IMX386 12MP sudut ultra-lebar + sensor Sony IMX586 satu lagi jenis telefoto 48MP dengan sokongan zum 4x. Kamera swafoto juga daripada Sony IMX663, iaitu 12MP.

Aplikasi Google Camera kali ini menawarkan ciri dan fungsi serba baharu seperti teknologi baby face, menyahkabur pergerakan, HDR pada Video, Magic Eraser, Live Translate dan banyak lagi fungsi menarik yang menarik perhatian.

Pixel 6

Perbezaan dengan Pixel 6 hanyalah pada saiz dan resolusi skrin serta kadar segar semula, bateri lebih kecil, tiada kamera telefoto dan pilihan warna sahaja. Skrin adalah 6.4-inci FHD+ AMOLED dengan kadar segar semula 90Hz. Kamera hanya terhad dengan 50+12 Megapixel, dan kamera swafoto 12 Megapixel. Bateri sedikit kecil iaitu 4600mAh dengan sokongan pengecasan pantas 33W, pengecasan nirwayar 21W dan turut mempunyai sokongan Battery Share.

Khusus untuk Pixel 6 juga, memori dihadkan pada 8GB sahaja berbanding Pro dengan 12GB RAM. Tetapi pilihan storan kekal sama iaitu 128GB atau 256GB. Lain-lain fungsi dan ciri kamera, perisian semuanya kekal sama.

Kesemua Pixel ini dibina dengan kerangka aluminium kitar semula, termasuk dengan selongsong pelindung yang dihasilkan daripada bahan kitar semula demi menjaga alam sekitar.


Kedua-dua peranti mempunyai sokongan HDR10+, pembesar suara stereo , hadir terus dengan Android 12 dan eksklusif untuk Pixel 6, ciri Security Hub ditawarkan. Ia adalah seakan aplikasi sekuriti yang tersedia pada One UI, MIUI dan lain-lain.

Jualan akan bermula 1 November ini di pasaran terpilih seperti Eropah, Australia dan Amerika Syarikat. Pixel 6 Pro dijual pada harga $899 iaitu sekitar RM3541 untuk variasi 12/128 GB . Manakala variasi 12/256 GB pula pada harga $999 iaitu sekitar RM3959. Variasi 512GB turut ditawarkan, ia dijual pada harga $1099 iaitu sekitar RM4585. Google menawarkan pilihan warna perak, emas dan hitam.

Manakala Pixel 6 dengan variasi 8/128 GB dijual pada harga $599 sekitar RM2500 dan 8/256 GB pada harga $699 iaitu sekitar RM2916. Pilihan warna pula terhad dengan jingga, hijau dan hitam sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.