Hi! Welcome Back and Stay Tune! Akibat Kekurangan Cip Kereta Tesla Kini Tidak Mempunyai Port Pengecas USB-C Dan Nirwayar Untuk Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Akibat Kekurangan Cip Kereta Tesla Kini Tidak Mempunyai Port Pengecas USB-C Dan Nirwayar Untuk Peranti


Berapa seriuskah situasi kekurangan cip di peringkat global? Jawapannya agak serius dengan ramalan paling pesimistik sekarang merasakan ia hanya akan selesai pada tahun 2023. Ramai tidak menyedari kekurangan bukan hanya berlaku pada cip canggih 5nm tetapi juga pada cip dengan teknologi lama yang diperlukan oleh industri automotif dan televisyen.

u/CalligrapherNo4617
u/CalligrapherNo4617

Di Reddit, seorang pembeli kereta Tesla Model 3 2022 merungut apabila mendapati kereta yang baru diterima tidak dilengkapi port pengecasan USB-C dan nirwayar yang sepatutnya diberikan pada konsol tengah kenderaan. Port pengecasan untuk penumpang belakang masih lagi disertakan. Apabila pusat khidmat pelanggan dihubungi, Tesla mengatakan kekurangan cip USB menyebabkan port kini kosong. Bekalan cip hanya akan hadir Disember dan pelanggan kemudian perlu ke pusat perkhidmatan untuk memasang port yang hilang ini. Isu ini hanya dilaporkan segelintir pengguna baharu Tesla dan tidak melibatkan kesemua model baharu yang telah dijual.

Beberapa pembeli Tesla Model Y turut melaporkan isu yang sama. Ini pastinya menimbulkan kemarahan kerana pengecas adalah aksesori standard serta diperlukan. Lebih mengecewakan pemilik mendakwa Tesla tidak memberitahu beliau tentang ketiadaan dua port USB-C dan pengecas nirwayar ini semasa kereta diambil.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.