Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lori Elektrik Geely Homtruck Dengan Sistem Swapandu Tahap 4 Diperlihatkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lori Elektrik Geely Homtruck Dengan Sistem Swapandu Tahap 4 Diperlihatkan


Di COP26, beberapa negara menandatangani resolusi untuk menghentikan penggunaan kenderaan bahan api fosil mejelang 2040. Infrastruktur untuk menyokong penggunaan kenderaan elektrik telah mula dibangunkan serta beberapa syarikat pengeluar kenderaan juga komited untuk mengeluarkan hanya kenderaan elektrik di masa hadapan. Geely menerusi jenama kenderaan komersial mereka Farizon Auto memperlihatkan lori elektrik mereka Homstruck.

Homtruck ialah sebuah lori elektrik yang menggunakan bateri yang boleh boleh-ganti, hibrid metanol dan juga versi range extender. Sistem bateri boleh-ganti digunakan bagi mengikut standard yang diumumkan oleh kerajaan China. Dengan ini lori boleh beroperasi lebih pantas tanpa perlu menanti untuk pek bateri dicas semula. Sistem pemanduan swapandu Tahap 4 juga boleh dilakukan untuk meringankan beban pemandu ketika di lebuhraya.

Dari kokpit pemandu boleh melihat 360 darjah menggunakan sistem kamera yang disertakan. Konsol mempunyai satu skrin gergasi yang memaparkan status pemanduan dan sistem GPS. Kenderaan cukup pintar untuk memberikan saranan laluan terbaik dan bila pengecasan perlu dilakukan. Di samping itu kabin menempatkan tempat tidur, dan juga bilik mandi. Sebuah mesin basuh juga disertakan bagi membolehkan lori diubah menjadi rumah di atas jalan raya apabila perlu. Di bahagian luar sebuah dapur mini disimpan pada panel sisi lori.

Farizon Auto menyasarkan jualan Homstruck seawal 2024 tetapi pada waktu ini prototaip fizikal masih belum diperlihatkan. Kesemua imej dan video yang dikongsi adalah grafik komputer semata-mata. Harga jualan dan spesifikasi kenderaan termasuk jarak operasi turut masih belum diumumkan.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.