Portugal Juga Mengharamkan Majikan Menghubungi Kakitangan Di Luar Waktu Pejabat
Portugal mengikut langkah Perancis dengan meluluskan RUU yang mengharamkan majikan dari menghubungi kakitangan di luar waktu pejabat. Di bawah RUU Hak Untuk Berehat, kakitangan dalam syarikat yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 pekerja tidak boleh dihubungi majikan dalam bentuk mesej dan emel selepas waktu bekerja. Kegagalan mematuhi RUU ini akan menyebabkan syarikat didenda.
Selain itu kakitangan dengan anak berumur bawah 8 tahun dibenarkan bekerja dari rumah tanpa sebarang kebenaran dari majikan mereka. Majikan kemudiannya perlu menanggung kos utiliti kakitangan yang bekerja dari rumah ini. RUU yang diluluskan ini pada awalnya lebih ketat dengan hak untuk kakitangan mematikan peranti kerja di luar pejabat tetapi ini kemudiannya ditolak.
Adakah anda merasakan perkara yang sama perlu dilakukan di Malaysia. Saya sendiri tidak membaca mesej selepas luar waktu kerja dan hanya boleh dihubungi dengan panggilan telefon sahaja sekiranya mustahak.
Sumber BBC
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment