Hi! Welcome Back and Stay Tune! Facebook Menghentikan Sistem Pengecaman Wajah – 1 Bilion Wajah Dalam Simpanan Akan Dipadam - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Facebook Menghentikan Sistem Pengecaman Wajah – 1 Bilion Wajah Dalam Simpanan Akan Dipadam


Sistem pengecaman wajah Facebook memudahkan pengguna mengesan apabila gambar atau video mereka dimuat naik ke laman media sosial nombor satu dunia. Menerusinya sistem Facebook akan memberikan saranan untuk menandakan pengguna yang wajahnya muncul dalam gambar. Hari ini Meta mengumumkan sistem pengecaman wajah Facebook akan dihentikan dalam minggu-minggu mendatang.

Dengan ini lebih 1 bilion wajah yang disimpan dalam sistem pengecaman wajah ini kemudiannya akan dipadam. Keputusan diambil selepas mengambil kira pro dan kontra meneruskan sistem pengecaman wajah yang digunakan 1/3 pengguna Facebook di seluruh dunia. Antara impak jangka pendek ialah pengguna perlu menandakan wajah teman atau saudara pada gambar serta video yang dimuat naik secara manual selepas ini.

Impak lebih besar ialah kepada sistem Automatic Alt Text (AAT) yang digunakan oleh OKU penglihatan untuk “melihat” siapakah ada di dalam gambar yang dimuat naik. Walaupun sistem pengecaman wajah tidak lagi aktif, teknologi ini masih akan dibangunkan oleh Facebook untuk tujuan lain untuk penggunaannya di masa akan datang apabila ia lebih diterima. Antara senario yang diberikan ialah menggunakannya untuk mengembalikan akaun yang digodam dan pengesahan identiti apabila melakukan transaksi atas talian.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.