Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Dilaporkan Akan Menjual Perniagaan Pelayan Mereka Akibat Sekatan Perdagangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Dilaporkan Akan Menjual Perniagaan Pelayan Mereka Akibat Sekatan Perdagangan


Sejak dimasukkan ke dalam senarai entiti oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat, perniagaan Huawei terjejas teruk dengan mereka kini tidak lagi terdiri di kalangan 5 pengeluar telefon pintar terbesar dunia. Selain itu perniagaan kelengkapan telekomunikasi juga terjejas selepas ia diharamkan di beberapa negara seperti UK dan Amerika Syarikat. Selama ini tiada perniagaan kecuali Honor telah dijual untuk menstabilkan syarikat.

Tetapi menurut laporan Reuters, Huawei akan menjual perniagaan pelayan X86 mereka kepada konsortium Henan Information Industry Investment Co Ltd, dan Huaqin Technology Co Ltd. Penjualana dilakukan kerana perniagaan mengalami masalah mendapatkan bekalan cip Intel yang diperlukan pelayan yang dikeluarkan oleh mereka. Nilai jualan tidak diketahui pada waktu ini dan Huawei sendiri enggan memberikan sebarang komen.

Dengan perniagaan peranti pintar dan telekomunikasi terjejas teruk, Huawei mengembangkan pula perniagaan mereka ke pasaran automotif dengan beberapa kereta menggunakan sistem operasi HarmonyOS. Pembangunan kereta hibrid dan tren kuasa turut dilakukan serentak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.