Hi! Welcome Back and Stay Tune! Razer Memperkenalkan Papan Kekunci Dan Tetikus Yang Memfokuskan Kepada Produktiviti Pengguna - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Razer Memperkenalkan Papan Kekunci Dan Tetikus Yang Memfokuskan Kepada Produktiviti Pengguna


Razer ialah sebuah jenama aksesori komputer yang terkenal untuk siri peranti gaming mereka. Walaupun begitu, kebelakangan ini mereka dilihat juga memfokuskan kepada keperluan produktiviti pengguna melalui beberapa produk mereka seperti komputer riba Razer Book.

Terkini, Razer telah memperkenalkan siri aksesori Razer Pro yang dibangunkan untuk membantu pengguna menjadi lebih produktif dalam tugasan harian mereka. Tiga aksesori dari siri ini termasuklah papan kekunci nirwayar Razer Pro Type Ultra, tetikus nirwayar Razer Pro Click Mini dan pad meja Razer Pro Glide XXL.

Bermula dengan papan kekunci Pro Type Ultra, ia adalah sebuah papan kekunci nirwayar yang hadir dengan kemampuan untuk disambungkan ke empat peranti sekaligus, dimana pengguna boleh mengitar sambungan ke peranti-peranti tersebut dengan menekan satu butang sahaja.

Papan kekunci ini juga, yang bersaiz penuh, menggunakan suis kekunci mekanikal yang senyap supaya ia tidak mengganggu para pekerja yang lain sekiranya anda menggunakan papan kekunci ini di pejabat. Suis-suis ini juga diuji untuk menjanjikan jangka hayat penggunaan sekitar 80 juta klik tanpa masalah.

Tetikus Razer Pro Click Mini pula ialah sebuah tetikus nirwayar bersaiz padat yang menggunakan beberapa teknologi yang hadir dalam pilihan tetikus gaming mereka, termasuklah penggunaan suis senyap yang memastikan bahawa penggunaan ia juga tidak mengacau orang lain.

Dari segi sambungan nirwayar, kedua-dua papan kekunci dan tetikus ini menyokong sambungan Bluetooth dan juga Razer HyperSpeed, dimana papan kekunci Pro Type Ultra hadir dengan jangka hayat bateri 200 jam, dan tetikus Pro Click Mini mempunyai jangka hayat bateri sekitar 700 jam menggunakan sambungan Bluetooth.

Menurut Razer, peranti-peranti ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan pada tanda-tanda harga berikut:

  • Razer Pro Type Ultra: RM729
  • Razer Pro Click Mini: RM369
  • Razer Pro Glide XXL: RM149


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.