Hi! Welcome Back and Stay Tune! FilmWallet – Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman, Memfokuskan Jualan Filem - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FilmWallet – Satu Lagi Perkhidmatan Penstriman, Memfokuskan Jualan Filem


Terbaru, satu lagi perkhidmatan penstriman telah dilancarkan untuk pasaran tempatan, dinamakan sebagai FilmWallet. Berbeza dengan penawaran perkhidmatan yang membolehkan pengguna membayar langganan bulanan dan menonton filem dan siri-TV tanpa had, FilmWallet menawarkan jualan filem setiap satu, secara berasingan.

Melalui FilmWallet, ia menjanjikan untuk memudahkan pengguna menikmati filem dari pawagam secara atas-talian. Buat masa ini, filem yang ditawarkan adalah agak terhad, dan pengguna boleh membelinya antara harga RM1.90 ke RM9.90 setiap satu.

Selain melalui web atau aplikasi, FilmWallet juga membolehkan pengguna membeli filem menerusi platform Shopee, dan menebusnya pada platform mereka.

Menurut pihak FilmWallet, mereka turut merancang untuk memperluaskan penawaran FilmWallet ke dua lagi negara di Asia Tenggara dalam awal tahun hadapan.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak FilmWallet hari ini.

Layari : FilmWallet


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.