Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM Bersedia Untuk Menyokong Pengenalan 5G Pada Bulan Depan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM Bersedia Untuk Menyokong Pengenalan 5G Pada Bulan Depan


Kerajaan melalui DNB (Digital Nasional Berhad) telah mengatakan akan memperkenalkan rangkaian 5G bermula daripada Disember ini di beberapa lokasi. Selari dengannya, kini CEO Telekom Malaysia mengatakan TM bersedia untuk pengenalan rangkaian 5G secara berperingkat.

Pada masa yang sama, beliau turut mengatakan yang mana pelaburan berkaitan dengan rangkaian 5G ini adalah tidak sebesar mana sekiranya TM perlu melaksanakan segalanya secara sendiri.

Sebelum ini, untuk rangkaian 4G, syarikat telekomunikasi perlu mengeluarkan duit pelaburan sendiri dalam pembangunan infrastruktur sendiri. Sebaliknya, melalui DNB, infrastruktur dibangunkan oleh mereka, dan syarikat telekomunikasi menggunakan infrastruktur berkenaan, sekaligus mengurangkan kos pelaburan yang perlu dikeluarkan.

Pelaksanaan ini menerima reaksi berbeza daripada pelbagai pihak. Apa pun, sama-sama kita nantikan bulan hadapan dan 2022 kelak bagaimana DNB beroperasi, dan impak dalam pengenalan rangkaian 5G di Malaysia.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.