Huawei MatePad T10 Dan T10s Kini Hadir Dengan Storan Lebih Besar – Harga Bermula RM799
Huawei MatePad T10 dan MatePad T10s telah diperkenalkan di Malaysia sekitar tahun lalu. Kedua-duanya menawarkan spesifikasi yang seimbang untuk penggunaan hiburan dan produktiviti. Terbaru, kedua-dua tablet ini telah dikemaskini dengan pilihan storan lebih besar. Melaluinya, Huawei MatePad T10 (4GB+64GB) dijual pada RM799. Sementara itu, Huawei MatePad T10s (4GB+128GB) pula berharga RM999.

Bagi yang berminat, kedua-dua tablet ini akan mula tersedia bermula 22 November 2021. Anda boleh mendapatkannya menerusi beberapa platform seperti kedai atas talian rasmi Huawei, Lazada dan Shopee. Setiap pembelian untuk mana-mana tablet akan didatangkan dengan kerangka pelindung secara percuma. Promosi terhad sehingga penghujung tahun ini.

Dalam pada itu, Huawei turut hadir dengan beberapa tawaran diskaun menarik lain. Antaranya seperti diskaun sebanyak RM100 untuk pembelian Huawei Matepad 10.4-inci. Kemudian, pembelian Huawei MatePad 11 pula akan didatangkan dengan papan kekunci dan Huawei M-Pencil secara percuma. Seterusnya, diskaun sebanyak RM300 diberikan untuk pembelian Huawei Matepad T10 (2GB+32GB). Kesemua promosi adalah untuk masa terhad.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment