Hi! Welcome Back and Stay Tune! Orang Melaka Saya Sudah Bilang : Minta 'Bantuan' RM1,000 Satu Kepala ! RM200 Sikit Sangat, Tak Cukup Pun. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Orang Melaka Saya Sudah Bilang : Minta 'Bantuan' RM1,000 Satu Kepala ! RM200 Sikit Sangat, Tak Cukup Pun.


 Baru petang tadi saya terima gambar Whatsapp berikut:





Susah juga saya nak percaya berita ini tapi bila saya rujuk utusan.com.my memang jumpa tajuk beritanya :


SHAH ALAM: Gabungan parti dalam Perikatan Nasional (PN)  dalam manifestonya yang dilancarkan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka menawarkan bayaran RM200 sekali bayar kepada guru tahfiz, Kelas al-Quran, Fardhu Ain dan tadika di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) jika berjaya membentuk kerajaan negeri.

Bantuan  sama akan diberikan kepada anak-anak yang dilahirkan di Melaka bermula  tahun ini sebagai insentif kepada rakyat dalam tempoh sukar sehingga memberi kesan kepada perbelanjaan menyambut kelahiran.


My comments :  Jika mereka "berjaya membentuk kerajaan negeri" PN menawarkan bantuan RM200 kepada guru tahfiz, guru Quran dsbnya dan juga kepada family bayi yang lahir di Melaka tahun ini. 

Kalau PN kalah - maka tak akan dapat-lah RM200 itu.   

Pada pendapat saya RM200 agak "sikit" juga bantuannya. Dalam keadaan sekarang, dengan ekonomi yang teruk dan ramai orang sedang menganggur RM200 mungkin cukup untuk perbelanjaan beberapa hari saja bagi sebuah keluarga kecil pun. Untuk bayi baru lahir pula susu bayi pun melebihi RM30.00 satu tin. 

Jika bantuan yang ditawarkan itu adalah RM1,000 ia akan lebih mudah bagi orang yang susah membayar keperluan keluarga. RM1,000 itu lebih munasabah lah. 

Cuba bandingkan bantuan RM200 seorang ini dengan berita hari ini bahawa kerajaan menerima permohonan untuk "hadiahkan" tanah dan rumah bernilai RM100 JUTA kepada bekas PM Najib Razak. 


Cuba bandingkan RM100 Juta dengan RM200 sahaja. RM100 Juta bagi seorang ex-PM dan isterinya (dua orang sahaja) duduk dalam sebuah rumah mahligai berbanding dengan bantuan RM200 satu kepala bagi guru agama, guru Quran, bayi baru lahir dsbnya. 

Kini tinggal sehari sahaja (esok Jumaat 19/11/2021) untuk berkempen sebelum orang Melaka akan membuang undi pada Sabtu 20hb Nov, 2021.  

Rupanya persaingan antara parti politik di PRN Melaka makin rancak dan susah bagi kita ramalkan apakah keputusan-nya. Dalam keadaan seperti ini mintalah "bantuan" yang lebih sikit.   

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.