Pengguna Mac Melaporkan Komputer Gagal Beroperasi Selepas Kemaskini macOS Monterey
Kemas kini amat dinantikan kerana ia memberikan ciri-ciri baharu, antaramuka lebih segar dan tampalan pepijat yang menyusahkan. Dengan macOS Monterey, ciri menarik seperti SharePlay dari peranti iOS dapat digunakan. Namun begitu selepas melakukan proses kemas kini, mula kedengaran laporan pengguna mengalami masalah komputer terus gagal berfungsi.
Isu berlaku selepas proses kemas kini dilakukan, komputer menjalankan proses reboot. Namum selepas itu ia tidak hidup semula. Walaupun pengguna menekan butang kuasa, komputer tidak boleh dihidupkan langsung. Masalah dilaporkan pengguna MacBook, iMac dan Mac Mini di seluruh dunia. Kesemuanya adalah Mac yang menggunakan cip Intel sahaja pada waktu ini. Apple masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu ini.
Walaupun kami menggunakan Macbook M1, kami sendiri belum melakukan kemas kini kerana selepas isu yang sama berlaku tahun lalu, menanti selama beberapa minggu untuk melihat sama ada sistem operasi adalah stabil kini sudah menjadi lumrah.
Sumber MacRumors
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment