Poco M4 Pro 5G Akan Dilengkapi Pengecasan Pantas 33W
Poco M4 Pro 5G akan dilancarkan secara global pada 9 November hadapan. Rekaan serta spesifikasi pada peranti masih menjadi tanda tanya, sehinggalah kini Poco dilihat mula berkongsi mula berkongsi sedikit demi sedikit berkaitan peranti.
Menurut Poco, peranti berkenaan akan hadir dengan cip berteknologi 6nm. Namun begitu, Poco tidak mula mendedahkan maklumat mengenainya secara khusus. Khabar angin mengatakan Poco M4 Pro 5G hanyalah sebuah Redmi Note 11 5G yang dijenamakan semula. Jika benar, Poco M4 Pro 5G akan dijana oleh cip MediaTek Dimensity 810.
Seterusnya, Poco M4 Pro 5G juga telah disahkan hadir dengan sokongan pengecasan pantas 33W. Ia juga adalah penawaran yang sama boleh ditemui pada Redmi Note 11 5G sebelum ini. Ini sahaja maklumat yang diketahui pada waktu ini. Tetapi, kita boleh menyasarkan lebih banyak butiran lanjut yang akan dikongsi dalam masa terdekat ini.
Sumber : Poco Global
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment