Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ulasan Redmi Buds 3 Pro Dan Buds 3 – Kemasan Baik, Kualiti Memuaskan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ulasan Redmi Buds 3 Pro Dan Buds 3 – Kemasan Baik, Kualiti Memuaskan


Redmi turut dikenali sebagai pengeluar aksesori audio. Sehingga kini, Redmi sedia hadir dengan pelbagai penawaran untuk aksesori berkenaan yang dijual pada harga yang kompetitif. Baru-baru ini, mereka telah memperkenalkan sehingga dua fon telinga nirwayar baharu untuk pengguna di Malaysia. Ianya adalah Redmi Buds 3 Pro dan Redmi Buds 3. Kedua-dua fon telinga juga mempunyai rekaan yang berbeza, di samping beberapa penawaran menarik. Namun begitu, adakah fon telinga ini berbaloi untuk dimiliki?

Redmi Buds 3 Pro & Redmi Buds 3

Spesifikasi Audio

Nama Model Redmi Buds 3 Pro Redmi Buds 3
Mikrofon Tiga Tiga
Bateri 35mAh (earbud tunggal)
470mAh (pengecas)
35mAh (earbud tunggal)
310mAh (pengecas)
Port pengecas USB-C USB-C
Pengecasan nirwayar Ada Tiada
Sistem operasi Android, iOS, Windows Android, iOS, Windows
Pembantu maya Ya Ya
Pad sesentuh Ya Ya
Rintangan air IPX4 Tiada
Pemandu Audio 10mm 10mm
Bluetooth Bluetooth 5.2 Bluetooth 5.2
Harga Jualan RM239 RM139

Reka Bentuk & Bahan Binaan

Boleh dikatakan ‘persaingan’ adik-beradik adalah perkara lazim dalam hampir kebanyakan keluarga. Inilah situasi yang sesuai untuk menggambarkan dua set fon telinga nirwayar daripada Xiaomi ini. Redmi Buds 3 Pro dan Redmi Buds 3 mempunyai perbezaan ketara dari segi rekaan.

Redmi Buds 3 Pro

Redmi Buds 3 Pro menampilkan gabungan fon telinga jenis dalam telinga tanpa tangkai bersama pod pengecas berbentuk bujur. Ia juga dilengkapi pemandu audio sebesar 10mm yang menyokong tiga mikrofon terbina untuk pengalaman lebih baik. Sementara itu, Redmi Buds 3 pula menggunakan pemandu audio 12mm bersama dua mikrofon terbina. Di samping, binaan fon telinga dari jenis terbuka dengan rekaan badan bertangkai panjang.

Sebagai insan yang lebih gemar menggunakan fon telinga jenis dalam telinga, rekaan pada Redmi Buds 3 Pro adalah cukup baik. Sebaik sahaja kami meletakkannya di telinga, ia benar-benar mampu menghalang pencemaran bunyi dari luar dengan baik sekali. Rekaan yang kecil juga tidak mendatangkan masalah yang mana mampu untuk melekap pada telinga dengan kemas.

Redmi Buds 3 Pro

Pun begitu, ia sebenarnya agak berbahaya untuk penggunaan di luar – misalnya seperti berada di jalanan. Di mana, ia akan menjadikan seseorang itu seakan ‘pekak’, maka boleh berlaku satu keadaan di mana pengguna tidak akan mendengar jeritan orang sekeliling dan hon kenderaan. Keadaan ini agak bahaya sebenarnya kerana ia boleh mengakibatkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini.

Bercakap mengenai Redmi Buds 3 pula. Dengan penggunaan fon telinga dari jenis terbuka, tidak bermakna ia langsung tidak baik. Pada kami, ia boleh diklasifikasikan sebagai baik dalam kelasnya. Tetapi, penggunaannya memerlukan anda untuk menyumbat dengan betul ke dalam telinga untuk penggunaan yang memuaskan.

Kedua-dua fon telinga ini mempunyai keseluruhan tubuh yang diperbuat daripada bahan berasaskan plastik. Ini termasuklah untuk fon telinga dan pod pengecasnya. Cuma bezanya, Redmi Buds 3 Pro mempunyai kemasan pusam dengan dua pilihan warna seperti Glacier Gray dan Graphite Black. Sementara itu Redmi Buds 3 pula kelihatan berkilat dengan satu pilihan warna iaitu White.

Redmi Buds 3

Kedua-duanya menyimpan fon telinga secara magnetik. Pada masa sama, engsel pada pod pengecas juga adalah teguh tanpa sebarang isu. Membuka serta mengeluarkan kedua-dua fon telinga juga terasa mudah. Seterusnya, terdapat satu butang fizikal dan lampu LED pada bahagian hadapan sebagai penunjuk untuk sambungan. Pada bahagian bawah pula terdapat port pengecasan USB-C.

Kemudian, Xiaomi turut menyertakan engsel yang baik pada kedua-dua fon telinga. Sedikit kelebihan untuk versi pro yang menyokong pengecasan nirwayar yang menyokong format Qi. Ia boleh diibaratkan bonus cukup menarik kerana tidak banyak TWS dalam kelas sebegini mempunyai pilihan berkenaan.


Sambungan & Kawalan:

Redmi Buds 3 Pro dan Buds 3 menyokong tambatan menggunakan bluetooth 5.2 dan panel kawalan sesentuh. Lampu LED berwarna putih akan berkelip apabila butang fizikal ditekan – ini menandakan fon telinga sedia untuk ditambat pada peranti. Langkah seterusnya perlu diselesaikan dengan menyambungnya menerusi bahagian tetapan peranti.

Redmi Buds 3 Pro

Pun begitu, penggunaan pada peranti Xiaomi adalah lebih mudah dan boleh ditambat dengan pantas. Selain itu, fungsi tambahan seperti Find Your Earphones turut boleh diakses berbanding peranti Android lain. Sebaik sahaja pod pengecasan dibuka, satu paparan pop-up dengan grafik Redmi Buds 3 Pro akan terpapar. Ia kemudiannya boleh terus disambungkan ke peranti dengan mudah sekali.

Redmi Buds 3 Pro

Pada kami, sambungan bluetooth adalah baik. Kami menggunakan fon telinga ini hampir sepanjang waktu – ini termasuklah sewaktu melakukan kerja, bersantai mahupun bersenam. Sepanjang ulasan dibuat, kami tidak menemui sebarang isu terputus meskipun penggunaan adalah jauh daripada telefon pintar yang disambungkan. Kawalan sesentuh pada kedua-duanya juga cukup responsif dan bertindak balas dengan cukup baik. Penggunaan harian kami terasa lancar sahaja dengan kedua-dua fon telinga ini.

Redmi Buds 3

Kawalan adalah sama untuk kedua-dua fon telinga. Seterusnya, tiada kawalan secara tunggal yang tersedia. Sebaliknya, sebanyak dua sentuhan perlu dibuat untuk pilihan menjeda muzik dan menjawab sebarang panggilan masuk. Seterusnya, sentuhan untuk beberapa saat pula untuk mengaktifkan fungsi pembatalan hingar atau mod transparensi. Akhir sekali, sentuhan sebanyak tiga kali pula untuk melangkau muzik atau mematikan panggilan masuk.

Redmi Buds 3

Seterusnya, ia juga mampu mengesan sekiranya fon telinga masih menyentuh telinga atau sebaliknya. Di samping, sokongan sambungan pintar untuk dua peranti secara serentak. Ini termasuklah peranti Android, iOS dan Windows. Cuma sayangnya, salah satu kelemahan paling ketara adalah kedua-dua fon telinga juga tidak mempunyai sebarang aplikasi khusus untuk kawalan fon telinga yang lebih mendalam.


Kualiti Audio:

Kita mulakan dengan Redmi Buds 3 Pro, kualiti sub-bass didapati kedengaran cukup jelas. Di mana, ia mempunyai dentuman yang baik sekali. Ia memberikan butiran tambahan yang menarik untuk fon telinga ini. Seterusnya, mid bass juga memuaskan dengan dentuman yang memadai. Lebih-lebih lagi untuk muzik bergenre pop. Ia juga boleh diklasifikasikan sebagai fon telinga nirwayar yang klise dalam cubaan menawarkan sokongan bass yang mendalam. Namun begitu, ia langsung tidak memberikan pengalaman yang memuaskan.

Redmi Buds 3 Pro

Untuk vokal pula iaitu mids, ia lebih ke arah yang ringkas dan tenang. Tetapi, ia tidak begitu memuaskan. Di mana, suara penyanyi lelaki kedengaran begitu halus dan sedikit sengau. Pun begitu, keadaan ini tidak berlaku pada suara penyanyi wanita. Di mana, ia lebih jelas untuk didengar, namun seakan berada jauh daripada telinga. Kemudian, muzik yang bernada tinggi pula mampu memberikan kualiti yang baik-baik sahaja. Di mana, ianya mampu mencapai tahap yang sepatutnya, tetapi sedikit tenggelam dengan keadaan yang lembut. Ia bagaimanapun tidak menjadi masalah kerana audio masih mampu didengari dengan jelas. Cuma ia terasa kurang memuaskan kerana tiada impak yang menarik.

Redmi Buds 3 Pro

Secara keseluruhan, Redmi Buds 3 Pro lebih memfokuskan kepada bass semata-mata, sementara itu butiran lain sekadar biasa-biasa sahaja. Pementasan audio juga tidak memberikan hasil yang baik. Di mana, persembahan muzik dengan instrumen yang pelbagai dirasakan agak serabut dan memeningkan. Dalam erti kata mudah, agak sukar untuk mengenalpasti instrumen yang sedang dimainkan.

Untuk Redmi Buds 3 pula, ia adalah set fon telinga yang baik dalam kelasanya. Ia mempunyai prestasi yang hebat untuk menikmati audio yang lembut tanpa instrumen. Misalnya seperti mendengar podsiar atau sebarang kandungan informasi berbentuk percakapan. Kualiti bass juga agak baik dan tidak berlebihan. Ia lebih ke arah baik seperti audio yang sepatutnya. Kualitinya boleh dipuji kerana baik berbanding beberapa fon telinga lain yang sekelas dengannya. Namun begitu, kelantangan maksimum ini adalah perlu kerana ia boleh menghalang bunyi luar dari mengganggu pengguna.

Redmi Buds 3

Untuk kualiti vokal pula, suara penyanyi lelaki kedengaran cukup hebat dan bagus. Kemudian, prestasi vokal untuk penyanyi perempuan pula kurang memuaskan. Ia kedengaran agak halus dengan nada yang tidak seperti sepatutnya. Namun begitu, ia masih boleh diterima dan digunakan tanpa sebarang masalah. Seterusnya, pementasan audio juga baik-baik sahaja dengan kualiti yang sederhana. Ia agak bercelaru sehinggakan agak sukar untuk membezakan setiap instrumen di antara satu sama lain.


Bateri:

Kedua-dua fon telinga diiklankan dengan ketahanan bateri yang berbeza. Di mana, Redmi Buds 3 Pro mampu bertahan mencapai 28 jam dengan bantuan pod pengecasan dan pembatalan hingar yang diaktifkan. Kemudian, penggunaan secara tunggal pula mampu beroperasi mencapai 6 jam lamanya.

Redmi Buds 3

Redmi Buds 3 pula dikatakan mampu beroperasi masa penggunaan sehingga 20 jam dengan bantuan pod pengecasan. Kemudian, penggunaan tunggal pula mampu beroperasi mencapai 5 jam. Kami tidak menjumpai sebarang isu dengan ketahanan baterinya. Ia mampu sahaja bertahan dengan baik mencapai sekurang-kurangnya 4 – 5 jam untuk masa main balik bersama audio yang tinggi.


Kesimpulan:

Sebagai kesimpulan, kedua-duanya adalah fon telinga yang baik untuk kebanyakan pengguna. Bukan sahaja baik dari segi kualiti binaan, bahkan prestasi audio juga memuaskan dalam kelasnya. Sokongan bass yang mendalam dan pembatalan hingar aktif juga mampu untuk menghalang kebanyakan bunyi luar dengan efektif. Tiada sela masa dikesan apabila pad disentuh. Tambatan juga dilakukan dengan pantas dan mudah pada peranti Xiaomi.

Cuma sayangnya, kekurangan pada ketiadaan aplikasi dan pemalam yang disediakan sedikit bermasalah kerana pengguna tiada pilihan untuk tetapan yang lebih mendalam. Pun begitu, bagi yang mencari fon telinga nirwayarkompak dan memuaskan, Redmi Buds 3 Pro dan Buds 3 adalah antara aksesori audio yang sesuai untuk dijadikan pilihan yang baik. Untuk harga, Redmi Buds 3 Pro dijual pada RM239, sementara itu Redmi Bud 3 pula boleh dibeli pad RM139.


Pro

  • Reka bentuk yang ringan & selesa untuk digunakan.
  • Pengalaman audio baik untuk harga jualan.
  • Tambatan pada peranti yang cukup pantas.
  • Pembatalan hingar aktif yang efektif.
  • Hayat bateri yang baik.
  • Sambungan dwi-peranti yang baik.

Kontra

  • Tiada sokongan pembantu maya
  • Tiada aplikasi khusus untuk kawalan lebih pelbagai.
  • Penggunaan yang mudah hanya pada peranti Xiaomi.


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.