Surat Pembaca : RM1880 Untuk Dapat Lesen Memandu Versus RM80 Di Negara Lain
Yang berikut ini adalah kiriman oleh seorang pembaca yang mengadu kepincangan yang terpaksa dilalui orang untuk mendapatkan lesen memandu termasuk kos belajar memandu dsbnya sehingga RM1880.
EKONOMI SEKOLAH MEMANDU
Oleh 'bin Haji Yatim'
Assalaamu-a'laikum,
Mohon pihak tuan "highlight" kaedah perlesenan memandu di negara kita demi kesejahteraan rakyat; adakah ianya satu bentuk skim perniagaan/ekonomi diwujudkan semata² untuk memberi peluang perniagaan kepada satu golongan tertentu?
Siapa penerima konsesi institut sekolah memandu?
Persoalan berkaitan dengan kaedah dan sistem perlesenan memandu:
1) Apakah peranan sebenar institut sekolah memandu?
Tidak dapat dipastikan ianya sekadar kejadian terpencil atau kebanyakan kes dilalui oleh warga awam, sikap pengendali sekolah memandu yang amat tidak professional sungguh menyusahkan warga awam untuk menyelesaikan urusan mendapatkan lesen memandu.
Terlalu banyak liku² warga awam lalui, dihimpit dengan keadaan bahawa warga awam tiada pilihan lain selain terpaksa berurusan dengan institut sekolah memandu yang tiada sikap "customer-oriented", tetapi tersangat bongkak dengan perangai "take it or leave it".
Ianya sungguh mengingatkan saya kepada sikap pemandu² teksi dahulu sebelum adanya saingan perkhidmatan e-hailing.
Pihak JPJ perlu lakukan sesuatu dlm hal ini demi kesejahteraan warga awam.
2) Saya ada pengalaman lalui proses mendapatkan lesen di sebuah negara di mana prosesnya sungguh dipermudahkan dan kos keseluruhan langsung tidak membebankan bukan sahaja warga mereka, malahan termasuk warga asing seperti saya di sana.
Prosesnya hampir sama seperti di negara kita di mana beberapa ujian perlu dilalui, kecuali tiada modul kurikulum belajar memandu diwajibkan, maknanya calon² melalui proses belajar memandu melalui inisiatif lain, mereka hadir untuk ujian pelesenan dalam keadaan bersedia dan sudah kompeten.
Prosesnya dilakukan seolah² hak untuk mendapatkan lesen memandu adalah hak asas warga di sana, dan Kos terlibat hanyalah tidak melebihi USD 20 (tahun 1993, mungkin ada sedikit perubahan pada era kini); mungkin kos tersebut adalah untuk kos pemprosesan sahaja.
Ianya jauh berbeza dengan kos yang ditanggung warga awam di sini RM 1880.
(Rasanya JPJ tetapkan harga siling, tetapi makhluk² sekolah memandu agaknya beroperasi sebagai sebuah kartel, mungkin dah tak ikut guidelines)
Mungkin kita dapat lakukan sesuatu untuk perelokkan keadaan yang dinyatakan di atas, demi kesejahteraan rakyat. Tidak salah untuk kita belajar dan lakukan sesuatu yang lebih baik.
Didahukukan ucapan terima kasih.
My comments :
Wa-alaikum salam, Terima kasih sdra bin Haji Yatim atas pandangan sdra di atas.
RM1,880 untuk menjalani latihan dan ujian memandu? Tak lama nanti mungkin anak-anak kita perlu ambil pinjaman PTPTN untuk lulus lesen memandu. Dalam keadaan ekonomi meleset ini di mana berjuta orang sedang menganggur maka ramai anak muda tidak akan mampu membayar RM1,880 untuk lulus lesen memandu kereta. Tetapi lesen memandu itu adalah keperluan basic bagi sesiapa pun.
Terutama sekali apabila pendekatan town planning (perancangan bandar) di negara kita sangat fokus atau tumpukan kepada penggunaan pengangkutan motor persendirian. Pasar dan supermarket adalah jauh daripada rumah orang. Sekolah, hospital, tempat kerja semuanya perlukan pengangkutan bermotor. Dan sistem pengangkutan awam kita (public transport) sangat jauh daripada mencukupi. Di kebanyakan kawasan bandar dan luar bandar di Sabah, Sarawak, Perak, Johor, Pahang dsbnya hampir langsung tidak ada sistem pengangkutan awam bagi keperluan awam. Jadi pengangkutan bermotor persendirian (private motor vehicles) itu adalah sangat perlu bagi rakyat kita.
Saya sendiri pernah melalui ujian lesen memandu dua kali dalam hidup saya.
Pertama kali masa saya berusia 18 tahun (pada tahun 1978) di Batu Uban di Pulau Pinang. Sebelum mengambil ujian memandu saya belajar memandu dengan sebuah Driving School tempatan. Kosnya kurang RM200 pada masa itu. Kos ujian memandu termasuk lesen baru pula hanya berpuluh Ringgit saja.
Tetapi ada juga "tawaran" untuk confirm lulus ujian memandu. Maksudnya kalau bayar sedikit lebih duit kepada Driving School, mereka boleh "pastikan" lulus ujian memandu. Saya tidak mahu terlibat perkara itu dan membuat bayaran seperti biasa. Ujian memandu saya (lisan dan memandu kereta) pun lancar dan saya lulus. Tetapi sambil menunggu giliran saya "ditegur" juga oleh seorang 'driving tester'. Dia tahu saya tidak memilih "option" membayar lebih sikit untuk pasti lulus. Jadi dia 'gempaq' saya sikit.
Kali kedua saya ambil ujian memandu adalah di Indiana di Amerika Syarikat pada awal tahun 1982 sewaktu saya menjadi pelajar di universiti di sana. Sekali lagi saya lulus ujian memandu di mana 'driving tester' adalah seorang wanita Mat Salleh. Proses mengambil ujian memandu di DMV atau Department of Motor Vehicles (serupa Jabatan Pengangkutan Jalanraya atau JPJ) adalah paling mudah dan hanya perlukan mengisi borang yang sangat mudah serta bayaran yuran beberapa US Dollar sahaja.
Hari ini pula, 38 tahun kemudian, yuran ujian memandu di Indiana hanyalah US$17.50 atau RM73.00 sahaja.
How Much Does an Indiana Driver's License Cost? : There is no fee to take your Indiana driving test or your vision screening test. Everyone under 75 years old just pays a reasonable $17.50 driver's license fee to get an Indiana driver's license.
Dan lesen memandu itu tidak perlu diperbaharui lagi atau perlukan bayaran tahunan. Kita bayar sekali sahaja dalam hidup kita untuk lesen memandu itu. Saya rasa saya masih ada lagi lesen memandu tahun 1982 dari Amerika Syarikat itu.
Sepertimana yang disebut oleh penulis bin Haji Yatim, di negara maju pendekatan mereka ialah lesen memandu itu adalah hak asasi manusia yang amat perlu untuk penghidupan zaman moden. Maka mereka permudahkan dan percepatkan proses belajar memandu, mengambil ujian memandu dan pengeluaran lesen-nya.
Tidak ada runner, tonto, koboi, 'bayaran khas untuk pastikan lulus', cartel, monopoli dsbnya yang menggangu proses ujian memandu mereka.
Negara kita Malaysia memang sudah menjadi ibunegara dunia bagi kartel, monopoli, oligopoli yang semuanya - tidak lain tidak bukan - hanyalah "skim diwujudkan semata² untuk memberi peluang kepada golongan tertentu" dengan cara menyusahkan manusia dan mencekik darah manusia.
Melihat dan membaca rungutan oleh sdra bin Hj Yatim di atas, jelas bahawa 'skim' ujian lesen memandu di JPJ lebih mirip 'Jom kita menyusahkan manusia' juga.
Bagaimanakah kita boleh mengatasi masalah ini? Cara yang paling mudah ialah kita mesti memperbesarkan isu-isu ini dan menjadikan isu ini bahan bantahan kepada Kerajaan terutama sekali sewaktu Pilihanraya.
Pelik sekali sebelum ini saya tidak pernah dengar sesiapa pun dari kalangan orang Melayu yang mengadu atau membantah perkara ini.
Kenapa pula kita perlu bayar sehingga RM1,880 untuk mendapatkan lesen memandu sahaja? Siapakah penerima konsesi institut sekolah memandu itu? Ini adalah soalan yang sangat relevan.
Tempoh hari kita dengar berkenaan 'kartel daging'? Sekarang sudah senyap pula. Kenapa pula perlu ada pelbagai dan macam-macam cartel dan monopoli pada setiap penjuru dan pelusuk ekonomi negara kita? Yang hanya menyusahkan manusia dan naikkan kos sara hidup bagi rakyat marhaen?
Saya harap saudara kita di Melaka yang sedang berpilihanraya akan bertanya soalan-soalan ini kepada gerombolan ahli politik yang sedang membanjiri negeri itu. Suruh depa jawab. Kalau dia tak boleh jawab atau dia jawab tak senonoh, cakap terus terang kepada depa 'Kami tak akan undi awak'.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment