Hi! Welcome Back and Stay Tune! Cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 Diumumkan – Nama Baharu Dengan Dengan GPU 30% Lebih Berkuasa - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Cip Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 Diumumkan – Nama Baharu Dengan Dengan GPU 30% Lebih Berkuasa


Di persidangan Snapdragon Summit 2021 yang berlangsung pagi ini di Hawaii, Qualcomm mengumumkan pemproses terkini mereka iaitu Snapdragon 8 Gen 1 yang menggunakan teknologi 4nm. Penggunaan nama baharu digunakan kerana tiada lagi ruang menggunakan sistem penamamaan tiga angka yang digunakan selama ini. Snapdragon 8 Gen 1 ialah jawapan Qualcomm kepada Apple A15 Bionic dan MediaTek Dimensity 9000 yang juga baru diumumkan.

Maklumat terperinci mengenai CPU, dan GPU cip masih belum didedahkan secara terperinci pada waktu ini. Secara tradisinya ia akan hanya diumumkan pada hari kedua. Yang diketahui setakat ini ialah ia membawakan peningkatan berbanding Snapdragon 888+ yang dilancarkan Jun lalu. Teras utama Kryo yang digunakan adalah berasaskan ARM Cortex-X2 berkelajuan sehingga 3 GHz. Dengan modem Snapdragon X65 pula , cip Snapdragon 8 Gen 1 menyokong rangkaian 5G Sub 6GHz dan mmWave dengan kelajuan muat turun sehingga 10Gbps.

Selain itu ia dengan teknologi Snapdragon Elite Gaming generasi ke-empat, kemampuan GPU dikatakan meningkat sehingga 30% berbanding generasi terdahulu dengan penjimatan penggunaan tenaga sehingga 20%. Sementara itu penambahbaikan pada kemampuan kecerdasan buatan serta ISP turut diberikan.

Menurut Qualcomm, ISP yang digunakan adalah yang pertama di pasaran menyokong imej 18-bit. Dengan ini lebih daripada 400 kali data dapat diambil pada gambar berbanding ISP Spectra 14-bit generasi sebelumnya. Ini turut membolehkan ia mengambil gambar pada kadar 3.2 Gigapixel per saat dan sokongan rakaman video 8K dengan HDR buar pertama kalinya.

Cip kecerdasan terbina QualcommAI Engine turut dipertingkatkan dengan pemacu tensor yang dua kali ganda lebih pantas serta hadir dengan sokongan penuras Leica Leitz Look bagi memberikan imej bokeh yang sinonim dengan produk pengimejan Leica.

Di dalam majlis yang sama Black Shark, Honor, iQOO, Motorola, Nubia, OnePlus, OPPO, Realme, Redmi, SHARP, Sony Corporation, Vivo, Xiaomi, dan ZTE, disahkan akan menghasilkan peranti menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 1. Peranti pertama dijangkan dilancarkan sebelum penghujung 2021 ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.