Qualcomm Umum Kerjasama Dengan ESL Untuk Esukan
Qualcomm hari ini mengumumkan kerjasama dengan syarikat esukan nombor satu dunia, iaitu ESL. Dengan populariti esukan menggunakan peranti mudah-alih yang semakin meningkat dari hari ke hari, Qualcomm kini dilihat turut memfokuskan arena berkenaan.
Qualcomm mengatakan mereka sedia menawarkan sejumlah ciri-ciri memfokuskan permua pada hari ini. Peranti menggunakan cip mereka sedia menyertakan ciri seperti kadar segar semula tinggi, grafik yang baik, dan pengalaman permainan yang lebih memuaskan berbanding pengeluar yang lain.
Buat masa ini, maklumat penuh berkaitan kerjasama ini tidak dikongsikan lagi. ESL mengatakan mereka akan berkongsi lanjut berkenaan dengan kerjasama ini pada 2022 kelak, yang mana dijangka mengubah dan membawa revolusi ke arena “Mobile Esport”.
Dengan persaingan integrasi GPU dan penawaran grafik yang tinggi melalui cip mudah-alih, termasuk daripada Samsung dan MediaTek, langkah Qualcomm ini dijangka menguntungkan, apatah lagi dengan populariti arena esukan pada hari ini.✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment