Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sambut hari jadi, 21 individu dikompaun RM125,000 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sambut hari jadi, 21 individu dikompaun RM125,000


 

Pengurus premis serta seorang pelanggan lelaki turut ditahan kerana menghalang petugas penjawat awam, kata Ketua Polis Daerah Segamat Bahrin Mohd Noh.

PETALING JAYA: Seramai 21 individu dikompaun sebanyak RM125,000 susulan sambutan hari jadi di sebuah pusat ujian vokal di Segamat apabila diserbu dalam Op Noda, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Segamat Bahrin Mohd Noh berkata, dalam serbuan oleh Bahagian Antimaksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat itu, kompaun RM25,000 dikenakan ke atas pemilik premis, manakala individu lain, termasuk lima wanita berusia antara 16 hingga 62 tahun, masing-masing dikompaun RM5,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4.

Beliau berkata, selain itu, lima wanita warga Vietnam dipercayai pelayan pelanggan (GRO) ditahan bersama pengurus premis dan seorang pengunjung lelaki.

“Mereka turut berhibur sambil diiringi alunan muzik yang kuat serta membuat bising.

“Pengurus premis serta seorang pelanggan lelaki turut ditahan kerana menghalang petugas penjawat awam sementara GRO berkenaan masing-masing direman selama 14 hari bermula semalam sehingga 12 Disember,” katanya menurut laporan Harian Metro pada sidang media di IPD Segamat hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan, Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Seksyen 55B Akta Imigresen. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.