Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengguna Unifi? Pastikan Guna Nombor Akaun Baru, Dan Kod Bayaran JomPay 8888 Bermula 2022 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengguna Unifi? Pastikan Guna Nombor Akaun Baru, Dan Kod Bayaran JomPay 8888 Bermula 2022


Telekom Malaysia telah pun mengumumkan sebelum ini berkaitan perubahan pada kaedah bil mereka, dan ia akan mula diaktifkan sepenuhnya bermula 1 Januari 2022 ini secara rasminya.

Yang pertama adalah perubahan pada nombor akaun daripada penggunaan 9 angka kepada penggunaan nombor bil baharu. Bagi anda yang telah menggunakan nombor bil baharu, anda boleh kekal menggunakan seperti biasa. Sebaliknya, sekiranya tidak, anda perlu mengubahnya memandangkan hanya nombor akaun baharu yang akan disokong bermula 2022 kelak. Untuk pengguna Unifi Mobile prabayar, tiada masalah memandangkan anda boleh membuat tambah-nilai menggunakan nombor telefon.

Disamping itu, untuk tujuan pembayaran juga, angka JOMPay kini berubah daripada 3608 kepada nombor JOMPay baharu 8888. Bermula 1 Januari 2022, kod bil 3608 tidak lagi akan diterima.

Pastikan anda mengambil berat kedua-dua perubahan ini pada bil Unifi, untuk elak anda tersilap bayar dan tidak dicatatkan pada akaun anda.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.