Hi! Welcome Back and Stay Tune! Intel Memperlihatkan Prestasi SSD PCIe 5.0 Pada Platform Mereka – Kelajuan Pembacaan Data Sepantas 13GB/s - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Intel Memperlihatkan Prestasi SSD PCIe 5.0 Pada Platform Mereka – Kelajuan Pembacaan Data Sepantas 13GB/s


Dengan pelancaran siri cip pemprosesan Intel Alder Lake mereka, ia turut dilihat menyokong teknologi penghantaran data PCIe 5.0 yang dikatakan beberapa kali lebih pantas berbanding dengan PCIe 4.0. Papan induk Intel Z690 semuanya dilihat hadir dengan sokongan untuk teknologi ini, dan pembina SSD juga dilihat baru mula membangunkan SSD dengan teknologi tersebut.

Terkini, Ryan Shrout, Ketua Strategi Prestasi di Intel telah memperlihatkan kelajuan SSD yang menggunakan teknologi tersebut, dengan sebuah PC yang dikuasakan dengan CPU Intel Core i9-12900K, papan induk Z690 keluaran ASUS dan juga kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3080 oleh EVGA.

Lebih penting lagi, storan PCIe 5.0 yang digunakan untuk ujian ini ialah SSD Samsung PM1743 yang baru sahaja diperkenalkan beberapa hari yang lalu. Ryan Shrout memperlihatkan bahawa SSD tersebut hadir dengan kadar pembacaan data 13.7GB/s dengan kadar penulisan data 6GB/s.

Lebih menarik lagi, unit kedua SSD ini boleh digabungkan untuk menjadi satu unit storan, dan ia memperlihatkan kadar pembacaan data sepantas 28GB/s, tetapi oleh kerana jaluran PCIe 5.0 tidak mencukupi, kad grafik RTX 3080 tersebut terpaksa dicabut untuk SSD ini memanfaatkan kesemua jaluran tersebut.

SSD PCIe 5.0 dijangka akan hadir secara lebih meluas bermula tahun hadapan, dimana AMD juga akan memperlihatkan sokongan PCIe 5.0 juga pada siri cip pemprosesan generasi akan datang mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.