Hi! Welcome Back and Stay Tune! Video Promosi OnePlus 10 Pro Tertiris Ke Arena Web - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Video Promosi OnePlus 10 Pro Tertiris Ke Arena Web


OnePlus 10 bakal menjadi model kemas kini untuk peranti berspesifikasi mercu keluaran OnePlus. Apa yang diketahui setakat ini, terdapat sekurang-kurangnya dua model yang akan diumumkan kelak dan salah satu daripadanya adalah OnePlus 10 Pro. Dalam pada itu, peranti ini juga telah mula tersenarai di laman rasmi OnePlus China dan JD.com.

Imej Pengolokan Tular

Tapi sayang, ia tidak memberikan sebarang maklumat khusus mengenai peranti – ini termasuklah rekaan fizikalnya. Namun begitu, kini terdapat satu video tular di Twitter yang didakwa menunjukkan rekaan peranti tersebut secara menyeluruh. Jelas kelihatan, rekaannya adalah sama seperti yang boleh ditemui pada imej pengolokan sebelum ini.

Melaluinya, terdapat modul kamera besar dengan sistem tri-kamera di belakang. Kemudian, terdapat juga penjenamaan Hasselblad pada modul kamera tersebut – yang mana jelas menunjukkan OnePlus sekali lagi akan bekerjasama dengan pengeluar tersebut untuk model kali ini.

Seterusnya, peranti kelak akan menampilkan panel hadapan sejenis melengkung pada kedua-dua sisi bersama lubang untuk kamera swafoto. Nampaknya tiada apa yang berbeza dengan pendahulunya dan ia dijangka masih mengekalkan saiz skrin sebesar 6.7-inci dengan bezel yang nipis dan kadar segar semula 120Hz. Di samping itu, peranti juga akan mempunyai port sambungan USB-C dan pembesar suara pada bahagian bawah. Manakala sisi kanan pula menunjukkan adanya butang kuasa dan laras bisu. Laras audio pula terletak di sisi bertentangan.

OnePlus 10 dijangka diumumkan seawal Januari hadapan dan sudah semestinya sebelum tarikh pelancaran peranti kesemua spesifikasi dijangka akan tertiris ke arena web. Sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya kelak.

Sumber : Gizmochina



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.