Apple Didenda RM 24 Juta Di Belanda Kerana Sistem Pembelian Dalam Aplikasi Tidak Mematuhi Peraturan
Apple telah didenda €5 juta (~RM24 juta) oleh pihak berkuasa hak pengguna Belanda hari ini kerana kegagalan mereka untuk mematuhi arahan untuk pembelian dalam aplikasi (IAP) khusus untuk aplikasi mencari pasangan negara tersebut. Menurut banda hak pengguna Belanda, Apple sepatutnya memberikan pilihan sistem pembayaran luar App Store kepada pengguna tetapi sebaliknya masih ingin mengambi potongan dari pembangun menerusi sistem pembayaran ini.
Sekiranya Apple terus gagal mengubah sistem IAP ini, mereka akan dikenakan denda €5 juta seminggu sehingga ia mencecah €50 juta. Selain masih ingin mengambil potongan menerusi sistem pembayaran pihak ketiga, Apple juga didakwa meminta pembangun aplikasi untuk mendapatkan kebenaran terlebih dahulu disamping hanya membenarkan satu sistem sahaja digunakan. Dalam arahan asal, pengguna sepatutnya diberikan kedua-dua pilihan menggunakan sistem IAP App Store atau pihak ketiga.
Pihak berkuasa hak pengguna Belanda memberikan arahan supaya pembelian di luar App Store dibenarkan bagi memberikan pilihan kepada pengguna. Apa yang berlaku adalah sama seperti yang berlaku di Korea Selatan dan Jepun tahun lalu ke atas Apple serta Google.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment