Hi! Welcome Back and Stay Tune! FBI Memberi Amaran Terhadap Bahaya Kod QR Yang Digunakan Untuk Mencuri Info Dan Duit - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

FBI Memberi Amaran Terhadap Bahaya Kod QR Yang Digunakan Untuk Mencuri Info Dan Duit


Pada hari ini, telah menjadi kebiasaan untuk semua dalam melakukan imbasan kod QR untuk mendapatkan informasi, melakukan bayaran, dan sebagainya. Disebabkan hal ini, ia kini turut memperlihatkan peningkatan, dimana beberapa pihak tidak bertanggungjawab menggunakan kod QR dalam melakukan serangan siber.

FBI di Amerika Syarikat kini turut telah mengeluarkan amaran, mengatakan terdapat penjenayah siber yang menggunakan kod QR dalam mencuri maklumat pengguna – termasuk maklumat kewangan.

Melalui kod QR, penjenayah siber menggunakannya dalam mengarahkan pengguna ke laman lain, dan seterusnya mencuri maklumat log masuk dan maklumat kewangan.

Ada juga yang mengubah kod QR yang digunakan oleh perniagaan untuk tujuan mencuri pembayaran.

Seperti biasa, orang ramai sentiasa diminta berhati-hati tidak kira ketika mengakses perkhidmatan di web, atau ketika melakukan imbasan kod QR. Pengguna juga diminta memantau akaun yang bayaran dibuat, atau halaman yang dibawa selepas mengimbas kod QR – sama ada halaman yang tepat atau sebaliknya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.