Elon Musk Bimbang Tidak Cukup Manusia Di Marikh Untuk Membentuk Penempatan
Elon Musk sebelum ini sedia menyasarkan untuk membentuk penempatan di Marikh, dan membawa sekitar 1 juta manusia ke planet merah berkenaan menjelang 2050. Namun, kini ia dilihat menghadapi masalah tersendiri – apabila tidak cukup kadar bilangan manusia.
Melalui perkongsian terbaru, Elon Musk berkongsi memperlihatkan kadar kelahiran manusia yang semakin berkurangan. Hal ini sekaligus membawa kepada perkongsian lanjutan daripada beliau, mengatakan “Sekiranya tidak cukup manusia di Bumi, maka ia juga tidak akan mencukupi untuk Marikh”.
Dengan kadar kelahiran yang rendah, ia dilihat mungkin memberikan impak terhadap rancangan membuka penempatan manusia di Marikh.
Apa pun, buat masa ini, ia sekadar perkongsian awal. Elon Musk pernah berkongsi sasaran sebelum ini, mengatakan kita mungkin melihat manusia sampai ke Marikh dalam tempoh lima tahun lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment