Disney Patenkan Teknologi Metamesta Untuk Taman Tema
Selain pelbagai syarikat teknologi, Disney turut tidak ketinggalan untuk menyertai arena metamesta. Melalui paten terbaru yang didaftarkan, Disney sedang melihat kepada penawaran gabungan dunia maya dan dunia nyata secara serentak.
Apa pun, berbeza dengan yang lain, paten yang didaftarkan Disney memperlihatkan pengunjung taman tema boleh menikmati pengalaman metamesta tersendiri tanpa perlu memakai set kepala tambahan.
Sebaliknya, Disney akan menggunakan pancaran imej dan kesan 3D ke ruangan fizikal, sekaligus memberikan pengalaman menarik kepada pengunjung tamaan tema.
Melalui teknologi berkenaan juga, ia akan menjejak setiap individu di taman tema, dan menawarkan pancaran imej dan kesan khas khusus kepada mereka. Ini sekaligus akan membuatkan pengalaman setiap pengunjung di taman tema berbeza-beza.
Sebagai contoh, mungkin ada yang akan melihat pancaran Mickey Mouse, atau mungkin ada yang melihat puteri dari siri Frozen, dan sebagainya.
Buta masa ini, ia sekadar pendaftaran paten sahaja. Namun, pihak Disney sendiri sebelum ini pernah berkongsi perancangan lebih kurang sama dalam usaha memberikan pengalaman yang lebih baik kepada pengunjung taman tema mereka.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment